Ads

“Jaga Diri, Jangan Lasak,” – Intan Najuwa Mengandung Lagi, Ramai Tumpang Syukur Lunara Bakal Jadi Kakak

Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi khabar gembiran apabila memaklumkan dirinya sedang hamil anak kedua.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Hamid menerusi hantaran di Instagram pada Khamis.

Menurut Intan, dia teruja apabila anak sulungnya, Imane Lunara bakal bergelar kakak tidak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)

“Lunara bakal menjadi seorang kakak. Keluarga kecil kami semakin bertambah dan kami kini bakal menjadi keluarga berempat,” tulisnya ringkas namun penuh makna.

Menerusi hantaran sama, pelakon drama Shah Alam 3000 ini turut berkongsi foto imbasan ultrasound buat tatapan umum.

“Jaga Diri, Jangan Lasak,” – Intan Najuwa Mengandung Lagi, Ramai Tumpang Syukur Lunara Bakal Jadi Kakak

Ads

Ramai Tumpang Syukur & Gembira

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain mendoakan agar Intan dan kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Berikut antara komen yang ditinggalkan netizen;

“Tahniah Datin, semoga dipermudahkan segala urusanmu.”

Ads

“Baby girl nak beranak lagi. Tahniah idola saya. Love you dan Lunara.”

“Jaga diri dan jangan lasak. Tahniah.”

“Wah, tahniah! Tak sabar nak tengok gelagat Lunara jaga baby nanti.”

Ads

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.

“Jaga Diri, Jangan Lasak,” – Intan Najuwa Mengandung Lagi, Ramai Tumpang Syukur Lunara Bakal Jadi Kakak “Jaga Diri, Jangan Lasak,” – Intan Najuwa Mengandung Lagi, Ramai Tumpang Syukur Lunara Bakal Jadi KakakPasangan itu dikurniakan cahaya mata pertama pada 15 Disember 2024.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Intan Najuwa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Guna Duit Tu Buat…,” – Eric Fuzi Nasihat Artis Baru Jangan...

Pelakon dan anggota kumpulan Floor 88, Eric Fuzi menitipkan nasihat kepada artis baharu agar mencari dan memantapkan identiti muzik terlebih dahulu sebelum merancang untuk mengeluarkan single raya.
error: Hello. Cannot.