Ads

“Jadikan Al-Quran Sentiasa Dihati & Tak Lekang Dibibir,”- Namakan Anak Sempena Nama Wali Allah, Ini Ucapan Deep Sarah Pada Si Anak

Sebagai seorang ibu pastinya ingin melihat kejayaan setiap anak moga-moga berjaya dunia dan akhirat. 

Begitu juga buat penyanyi, Siti Sarah Raissuddin yang telah memberi ucapan khas buat anak sulungnya, Uwais Al-Qarni yang berunsurkan nasihat keagamaan.  

Nasihat dan dedikasi yang diberikan khusus bersempena dengan ulang tahun anak sulungnya yang disambut 4 Disember lalu. 

Ads

“Kisah Uwais Al Qarni yang sangat taat pada ibunya dan segala doanya dimakbulkan Allah, wali Allah yang tidak dikenali di muka bumi tapi sangat terkenal di langit. Ibu sangat mengaguminya sampaikan anak pertama ibu, diberi nama Uwais Al Qarni. 

Ads

Moga Wais terus menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebagai nyanyian yang selalu dinyanyikan & tak akan lekang dari bibir dan dirimu.. Terus taat pada Allah, rasul, ibu dan daddy. Moga menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain & diberikan kebaikan dunia akhirat. Happy birthday anak,” tulis penyanyi lagu Semakin itu. 

Susulan itu, netizen turut berasa terkesan dengan ucapan Sarah itu dan mendoakan kesejahteraan Uwais . 

Ads

Sarah dan Shuib berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang anak bernama Ariq Matin, Dzakira Talita Zahra dan Uwais Al Qarni.

Foto : Instagram Sarah Raissuddin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Oscar 2026: ‘One Battle After Another’ Menang Besar, Michael B. Jordan...

Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya
error: Hello. Cannot.