“Jadikan Aku Orang Yang Sentiasa Bersyukur,” – Selamat Hari Lahir Tok Ti!

Share

Genap 41 tahun pada tanggal 11 Januari, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan kesyukuran di laman Instagram miliknya.

Penyanyi nombor satu Malaysia ini memanjatkan doa agar dia sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan bersujud kepada Yang Maha Esa.

“Alhamdullillah, Terima Kasih Ya Allah di atas kurniaan umurku, kesihatanku, rezekiku, suamiku, ibuku,  adik  beradikku,

anakku, kasih sayang orang terhadapku.

“Jadikan Aku orang yang sentiasa bersyukur & bersujud kepadaMu. Kurniakan ku keimanan yang tinggi dalam mengharungi dugaan di dunia ini….Peganglah & pimpinla hatiku Ya Allah .. Aamin ya rab..Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban

“dan nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan”,” kongsi ibu kepada Siti Aafiyah ini.

Penyanyi ini turut diraikan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dalam sebuah majlis istimewa bersama keluarga dan teman rapat.

Selamat hari lahir Tok Ti.

Foto : Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

IKLAN