Isteri kepada vokalis Lan Solo iaitu Sheila Razlan belum boleh memberikan kos sebenar kediaman baharu yang didudukinya.

Ini kerana menurut Sheila, banglo yang terletak di Puchong, Selangor itu masih lagi belum siap sepenuhnya.

Sheila berkongsi perkembangan tersebut selepas ditanya menerusi Ask Me Question di Instagram pada Ahad.

Ibu kepada empat cahaya mata ini juga turut mendoakan peminat yang selama ini turut pasang impian memiliki rumah idaman.

“Jadi Rumah Ini Hasil Menabung 13 Tahun…,” – Isteri Lan Solo Jelaskan Banglo Baru Bukan Dari Hasil Kedai Runcit Semata “Jadi Rumah Ini Hasil Menabung 13 Tahun…,” – Isteri Lan Solo Jelaskan Banglo Baru Bukan Dari Hasil Kedai Runcit Semata

“Alhamdulillah. Kami dulu pun selalu berangan je. So selagi mampu kumpul duit… kumpul semaksimum mungkin. Dhuha setiap hari, kalau konsisten lagi baik,” tulisnya.

IKLAN

Difahamkan, Sheila sekeluarga mulai menduduki rumah berkenaan sejak sambutan Hari Raya Korban yang lalu.

Dalam pada itu, dia turut menjawab pertanyaan sama ada rumah yang dibina itu daripada hasil perniagaan runcit mereka, Solo Borneo Mart (SBM).

“Tidak! Sebab SBM kami makan gaji je. So rumah ini hasil menabung 13 tahun start dari awal kahwin. Lepas tu dari show atau kerja seni, IG review dan lain-lain.

“Ya, of course ada juga hasil dari bonus SBM yang baru berusia tiga tahun. Kami konsisten buat tiga tabung untuk apa sahaja pendapatan. Alhamdulillah menjadi,” terangnya.

IKLAN

“Jadi Rumah Ini Hasil Menabung 13 Tahun…,” – Isteri Lan Solo Jelaskan Banglo Baru Bukan Dari Hasil Kedai Runcit Semata

Terdahulu, mereka turut menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan Yasin yang turut dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.

IKLAN

“Alhamdulillah… Segala puji bagi Allah. Majlis Doa Selamat. Bacaan Yasin dan tahlil ringkas bersama keluarga yang dipimpin oleh Ustaz dan adik-adik dari Maahad Tahfiz Al Mawaddah, Puchong.

“Moga mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa,” tulis Lan menerusi ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rakan serta peminat rata-ratanya tumpang gembira dengan usaha Lan Solo sekeluarga sekaligus mendoakan yang baik-baik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/IhpdIBhupEQ

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI