Masih ingat tak korang dengan isu pelakon lelaki yang ditahan pihak berkuasa bulan lalu akibat dadah jenis ganja.

Pelakon yang MH maksudkan adalah Nadzmi Adhwa. Setelah sebulan kes ini berlaku, Nadzmi akhirnya menjelaskan kepada pihak media situasi sebenar yang berlaku dan juga turut menafikan dia mengambil bahan terlarang tersebut.

Jadi Mangsa Keadaan, Nadzmi Adhwa Tidak Pernah Ambil Dadah

Menerusi Mstar Online, Nadzmi berkata dia dan adiknya telah menjadi mangsa keadaan dan dia juga mengakui terdapat kesilapan pada laporan ujian air kencingnya ketika dia ditahan.

IKLAN

“Saya tidak pernah ambil dadah sepanjang 25 tahun ini. Bukan air kencing saya yang positif sebaliknya kawan saya yang mengambil barang terlarang itu.

 

“Dalam situasi ini saya dan adik saya jadi mangsa dan terperangkap. Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku,” katanya.

Nadzmi juga turut memohon maaf atas kesilapannya memilih kawan sehingga mengheret dirinya dalam kes tersebut malah dia juga turut berjanji untuk lebih berhati-hati dalam memilih kawan.

Tambah pelakon ini lagi, perkara yang menimpa dirinya ini merupakan dugaan yang paling hebat berlaku dalam hidupnya sepanjang bergiat dalam industri seni.

IKLAN

Jadi Mangsa Keadaan, Nadzmi Adhwa Tidak Pernah Ambil Dadah

“Ini dugaan paling berat buat saya apabila beberapa kontrak iklan dan tawaran sebagai pengacara terpaksa dibatalkan.

 

“Setakat ini saya kerugian dianggarkan lebih RM80,000. Saya tahu reputasi saya sebagai artis yang bebas kontroversi juga sedikit tercalar,” ujarnya kepada Mstar Online.

Terdahulu, Nadzmi Adhwa telah ditahan oleh pihak berkuasa di sebuah stesen minyak kira-kira jam 1.30pagi pada 3 November lalu setelah polis menemui dadah jenis ganja di dalam kereta pelakon ini.

IKLAN

Baca juga: ‘Silap Saya Terlalu Percaya Pada Kawan’ – Nadzmi Adhwa

Dalam kejadian, dia dan adiknya serta seorang rakannya ditahan untuk membantu siasatan dan ujian air kencing juga turut dilakukan ke atas mereka dan didapati pelakon ini positif dadah.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI