“Jadi Jutawan Usia 22 Tahun Dan Jarang Berhenti Niaga. Saya Nak Rehat…,” – Aliff Syukri Impi Anak Sulung Teruskan Legasi Bisnesnya

Share

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri membayangkan dirinya bakal berehat kerana tidak henti-henti berikan fokus terhadap bisnesnya sebelum ini.

Lalu, curahan hati penyanyi Bobo Di Mana itu dikongsikan menerusi Instagram, awal semalam. Malah, Aliff turut mahu anak sulungnya, Ammar Ahyan untuk meneruskan legasi yang telah dibinanya lebih sedekad lalu.

“Sy dah tua ..32thun sy jadi jutawan 22tahun dan sy jarang berenti utk berniaaga dan sy nak rehat.. Tak sabar rasanya nak tunggu @ammarahyan_terlajaklaris besar dan mengambil tempt abg handle bisnes abang dan menguruskan perniagaan.

“Abang dah mula rasa penat dan letih dengan dugaan perniagaan .. siang malam, pagi, petang kena fikirkan nak mangainkan bisnes yg dah 11tahun.

“Nak cari orang percaya susah banyak orang menipu dr yg jujur… itulah ragam perniagaan siapa yang tahu apa yang abang rasai sekarang sila komen di bawah,” tulisnya menerusi entri foto yang dirakam bersama anak lelakinya itu.

Bakal menerima kehadiran cahaya mata kelima bulan depan, Aliff mendirikan rumah tangga bersama Datin Seri Nurshahida pada Ogos 2007.

Selain Ammar, tiga permata hatinya ialah orang cahaya mata iaitu Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta seorang anak angkat.

Foto: Instagram Aliff Syukri

IKLAN