Penyampai radio, Jaa Suzuran dilihat terpegun melihat keayuan Melissa Th’ng yang tampil berbaju kurung moden dan mengenakan hijab.
Perkara itu dikongsikan Melissa menerusi saluran Youtube milik gadis berkenaan apabila dia ‘dicabar’ Jaa sebelum mempromosikan produk makanan keluaran Jaa sendiri.
“Sebelum I bagi you cuba makanan ini, I ada bawa pakaian dan I nak you pakai. Jangan risau ia sejenis pakaian yang halal,” kata Jaa.
Ads
Lalu, Melissa turut memberikan respon positif dan sedia mencuba pakaian tersebut.
Pelakon Eyra Hazali mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya yang juga penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli November depan.
Rasa teruja dan berdebar, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali turut berkongsi perkembangan juga pengalaman selepas lebih 9 bulan bergelar tunangan orang.
“Alhamdulillah, setakat ini 90 peratus persiapan dah hampir siap semuanya. Dipermudahkan dan ia berjalan lancar setakat ini.
“InsyaAllah sejurus selesai penggambaran, saya cuba untuk selesaikan semua persiapan kahwin yang masih berbaki.
“Tinggal lagi beberapa bulan sahaja. InsyaAllah semua okey dan kami pastinya harapkan semuanya berjalan lancar,” kongsi Eyra yang masih belum bersedia untuk berkongsi tarikh nikahnya.
Dalam pada itu, bintang drama bersiri Mr.Grey ini menjelaskan, dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga meski baru berusia 20 tahun.
Meski tidak menyangka jodohnya awal, namun dia sedia untuk memikul amanah.
“Sebenarnya saya sendiri tak pernah jangka akan kahwin muda, bertemu jodoh awal tapi jodoh itu rahsia Tuhan.
“Tapi tak dinafikan, ada juga yang tanya dengan Eyra kenapa nak kahwin awal?
“Nama tengah naik, kenapa nak kahwin muda, akan tetapi saya percaya pada rezekiNya,” jujur kata Eyra bersama MH.
Menepis persepsi kurang baik terhadap kedai gunting rambut miliknya, Hairfeeks Babershop yang dibuka di penempatan majoriti bukan Melayu, pelakon Fikry Ibrahim menjelaskan ia tiada kena mengena dengan soal sihir atau dengki yang berlegar di budaya masyarakat Melayu sejak sekian lama.
Sebaliknya, sasaran utama pemilihan lokasi di Setapak, Kuala Lumpur itu adalah bagi mencuba pasaran bukan untuk pelanggan bukan Melayu.
Malah jelasnya kepada MH, kedudukan kedai yang bersebelahan dengan salon lain juga bukanlah sesuatu yang harus dibimbangkan.
“Saya memilih kawasan bukan Melayu kerana bukan mudah mahu menawan pasaran mereka. Walaupun kedai kami bersebelahan dengan kedai lain, namun harga yang kami tawarkan adalah lebih murah.
“Bagaimanapun, hubungan kamu sesama peniaga lain okay sahaja, tiada masalah.
“Saya juga tidak risaukan mengenai peniaga Melayu kerana permainan kami berbeza. Sebab utama adalah saya mahu terjah pasaran bukan Melayu dan pada masa sama cuba juga untuk menarik pelanggan Melayu,” kata Fikry.
Bintang Cik Reen Cik Ngok Ngek ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Hairfeeks, pada Rabu.
Mengharapkan agar kedai barbershop yang diusaha mendapat sambutan ramai, Fikry turut mengharapkan sokongan berterusan dari pelbagai pihak.
“Kami cuba lakukan yang terbaik dan pastinya kepuasan pelanggan adalah misi utama yang perlu dititikberatkan,” katanya lagi.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai gandingan kali kedua bersama Farah Nabilah menerusi drama Kau Yang Pertama, pelakon berusia 25 tahun ini tidak menafikan risau andai ada peminat yang mulai bosan.
“Saya risau juga sekiranya penonton bosan dengan gandingan kami. Malah, pasti ada yang mungkin akan mengharapkan jangkaan yang lebih tinggi berbanding drama sebelum ini.
“Apa pun harapan saya sangat besar dan pastinya drama kali ini ada beza menerusi drama gandingan kami sebelumnya,” ujar Fikry yang turut menanam impian untuk beraksi di layar perak pula.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah mengharapkan peserta program realiti, Big Stage 2 agar lebih bersedia dalam membuat persembahan dari minggu ke minggu.
Memasang harap agar para peserta akan memberikan persembahan lebih baik menerusi lagu-lagu dari penyanyi lain yang bakal dipersembahkan, penyanyi Anta Permana ini turut memberikan tip cara menghayati sesebuah lagu secara ringkas.
“Peserta yang lain mungkin boleh ambil contoh bagaimana Han Byul (peserta Korea Selatan) membuat persembahan. Tak semestinya lagu sedih kena harus berdiri kaku di situ. Kita perlu pada waktu bilakah kita perlu bergerak ke kanan atau ke kiri.
“Akan tetapi jangan sampai pergerakan itu menggangu fokus nyanyian. Sebab itulah apabila setiap kali anda bakal melakukan persembahan atau sesuatu tugasan yang diberi, ambil lagu dan lirik seterusnya hayati,” katanya pada sidang media sejurus konsert pertama.
Malah kongsinya lagi, ia antara tip yang sering diamalkan setiap kali akan membuat persembahan pentas.
“Ambil lirik dan ambil tahu muzik dan masa yang sesuai untuk kita bergerak bersama lirik dan emosi yang betul…barulah cantik.
“Bagaimanapun tidak mengapa kerana anda semua sedang dalam proses belajar,” terang Siti yang turut memberi komen peribadinya terhadap beberapa peserta lain.
“Anda kena biasakan pergerakan kerana nampak agak kekok ketika membuat persembahan. Mujurlah anda membuat persembahan di atas platform, akan tetapi masih perlu ada pergerakannya seiring lagu.”
“Saya nampak anda membuat persembahan, tinggal lagi saya belum beritahu yang anda kelihatan seperti terlalu gementar, ia ketara ketika menyanyi. Sehinggakan, ia menyebabkan ‘pitching’ itu lari. Wajah tidak boleh menipu dan ketika itu anda seperti mahu ‘cover’. Jadi hal sedemikian perlu jaga.”
“Saya mengharapkan lebih daripada anda memandangkan anda seorang pelajar teater. Jadi anda pasti lebih mampu untuk menghayati lirik sesebuah lagu.”
Pada konsert minggu pertama, Mark Adam turut diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri dan Cakra Khan.
Big Stage 2 kekal dihoskan oleh pengacara terdahulu, Alif Satar dan Sherry Alhadad dan ia dibawakan khas oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Bersiaran setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann ditugaskan untuk mengacara segmen Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya