Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam ada memberikan penghargaan terhadap isterinya, Awin Nurin yang sentiasa setia bersamanya sehingga ke hari ini.
Penyanyi kelahiran Kelantan ini memberitahu, isterinya merupakan tulang belakang untuknya berjaya dalam kerjaya seni.
Bagi Izzue, bukan satu perkara yang mudah untuk berjaya jika tiada sokongan dan semangat daripada seorang insan yang bergelar isteri.
“Hidup ni macam roda. Ada masa kita gagal dalam sesuatu hal. Gagal yang membuatkan kita rasa down. Takut untuk mula balik!
Ads
“Tapi, sebanyak mana sekalipun kita gagal, dia tetap teguh berdiri di belakang kita. Dia tak pernah putus asa! Malah dia yakin, setiap yang pahit pasti ada manisnya nanti.
“Siapa dia? Dia yang kita anggap lemah tapi sebenarnya dialah yang paling kuat. Yang akan bangunkan kita saat kita rebah.
Ads
“Yang akan celikkan kita saat kita leka. Yang tetap setia dengan kita walau satu dunia menghina. Dia adalah ISTERI @awinnurin (tag isteri korang),” tulisnya.
Chef selebriti, Anis Nabilah mengakui masih belum bersedia untuk menceburi dalam dunia lakonan dan nyanyian secara serius.
Jelas Anis, dirinya kini hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kerjaya sebagai seorang chef.
“Pertamanya, saya tak tahu saya berbakat dalam bidang berkenaan atau sebaliknya.
“Jujurnya, saya terjun dalam industri ini dengan tiada niat lain pun selain mahu ajar orang memasak. Sebolehnya mahu kongsikan ilmu yang saya ada dengan orang lain juga.
“Ini kerana, memasak memang menjadi kecintaan saya malah ia sudah dipupuk sejak kecil lagi.
“Buatkan saya rasa gembira yang secara tak langsung menaikkan semangat,” jelasnya.
Kata Anis lagi, fokusnya kini hanya satu dan sebolehnya cuba beri komitmen sebaik mungkin terhadap apa yang diceburinya kini.
“Setakat ini, niat untuk bergelar penyanyi atau pelakon tu belumlah lagi ada.
“Seperti apa yang saya beritahu, tumpuan kini hanyalah dalam dunia masakan. Saya tak mengejar populariti.
“Kalau sekiranya saya kian dikenali atas apa yang dilakukan kini, alhamdulillah.
“Cuma yang paling utama, saya boleh berkongsi dan mengajar ramai lagi orang dalam masakan,” akhiri Anis.
Terdahulu, Anis ditemui MH pada majlis pelancaran buku resepi masakan, Comfort Food With Chef Anis Nabilah di Eastin Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.
Buku resepi masakan ini turut mendapat kerjasama Thermomix.
Ia merupakan buku resepi masakan yang pertama milik chef kelahiran Pulau Pinang ini.
Buku terbabit mempunyai kira-kira 25 menu resepi yang telah diolah Anis sendiri dan boleh dimiliki dengan melayari www.thermomix.com.my dengan harga RM98.00 seunit.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya Tak Ada Pilihan”. Itu kata pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi selepas membuat keputusan memotong jari kelingking kanannya demi meneruskan karier dalam sukan permotoran dua roda.
Menurut laporan Berita Harian, meski Khairul telah pun menjalani beberapa siri pembedahan bagi membetulkan struktur jarinya itu sebelum ini, namun kecederaan yang dialaminya sejak 2019 itu ternyata memberi kesan terhadap prestasi semasanya.
Oleh itu, pelumba yang terkenal dengan jolokan ‘SuperKIP’ itu terpaksa mengambil keputusan nekad apabila kecederaannya itu berulang kembali di Grand Prix (GP) Republik Czech awal bulan lalu.
“Saya okey selepas pembedahan dan jari saya daripada tahun lalu, tak boleh bengkok kerana ada skru. Saya jatuh di Brno (GP Republik Czech), jari saya retak, jadi saya tak ada pilihan bagi masa depan.
“Bagi saya, sekiranya saya mengekalkan jari ini, kalau terjatuh atau berlaku apa-apa, agak mudah untuk ia kembali patah. Apapun, saya sudah berbincang dengan pasukan sebelum membuat keputusan ini.
“Memang satu keputusan sukar untuk memotong jari saya tetapi demi masa depan, saya cuba yang terbaik bagi meningkatkan lagi keserasian ketika menunggang,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, pelumba pasukan Moto3 PETRONAS Sprinta Racing itu turut berharap agar prestasinya akan kembali pulih selepas ini.
“Seperti sebelum ini ketika jari lurus (tak boleh bengkok), saya selalu juga memikirkan sekiranya jatuh, tentunya akan ada masalah dengan jari itu. Jadi saya perlu sentiasa berhati-hati.
“Sekarang ini, saya harap tidak akan ada gangguan lagi pada jari dan saya akan berjumpa dengan doktor selepas ini untuk melihat keadaannya. Saya harap ia dapat pulih dengan cepat bagi membolehkan saya memberi tumpuan kepada latihan dan juga perlumbaan seterusnya di Misano nanti.
“Saya akan cuba yang terbaik dan ini yang terakhir bagi masalah jari dan harap selepas ini tidak ada lagi masalah untuk saya memberi tumpuan kepada perlumbaan,” katanya.
Terbaru menerusi ruangan di IG Story, Khairul ada berkongsi keadaan terkini jarinya itu selepas berjaya menjalani pembedahan lima hari yang lalu.
Malah, Khairul turut dilihat telah pun kembali menjalani aktiviti latihan ringan bersama rakan sepasukannya yang lain.
Sumber: Instagram Khairul Idham Pawi & Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada penyanyi, Sufi Rashid, Nurulain Md Yusof meluahkan rasa bengang selepas mendedahkan dirinya ada menerima kiriman mesej daripada seorang individu yang mempersoal mengenai zuriat.
Menurut Nurulain, cahaya mata itu adalah kurniaan daripada Allah S.W.T dan sebagai manusia siapalah kita untuk mempersoalkannya.
“Okay baik! Kalau anak itu semudah I beli anak kucing I. Esok I beli baby eh sis. Aku tak mengandung kau yang bitter.
“Tak macam asking pun kan guys kan? Tak offended pun tapi cara kau cakap macam senang ja nak buat anak.
“Anak tu kan Allah yang bagi. Kita siapa sis nak mempersoalkan.
“Evan I pun takda hak nak soal kenapa I takda anak, inikan pulak you nak tanya tanya atau cakap macam tu. Adab sis adab!” tulisnya.
Respon tersebut dikongsikan oleh Nurulain menerusi Instagram stories miliknya.
Jelas Nurulain lagi, cara percakapan individu berkenaan turut disifatkan seperti tidak mempunyai adab.
Terdahulu, ketika ini, Sufi dan Nurulain dilihat sedang menikmati percutian mereka di Kuala Terengganu sempena meraikan ulang tahun perahwinan mereka yang pertama.
Setelah sekian lama berusaha memperbaiki hubungan, pelakon Nabila Huda merasakan dirinya kini telah memasuki fasa berserah apabila kemelut keluarga bersama bapanya yang juga penyanyi legenda, Amy Search didakwa masih belum berkesudahan.