
Setelah melahirkan anak kedua yang diberi nama Aaron Ibrahim, pelakon jelita Izreen Azminda gemar berkongsi perkembangan terkini keluarganya di laman media sosial Instagram miliknya.
Terbaru, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam ada berkongsi foto Aaron bersama dengan ayah, ibu dan ibu mertuanya.
Difahamkan, anak keduanya itu kini sudah mencecah usia 5 bulan.
“Adik dgn nanny… Opah n atok #aaronibrahim,” tulisnya.
https://www.instagram.com/p/B50A-07nBen9xKn4-bjCE4SausFhgyg6bk35UQ0/?igshid=vvxrv5wgiy1
Untuk rekod, Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Selepas itu, Izreen mendirikan rumah tangga bersama Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.
Kemudian, Izreen telah selamat melahirkan Aaron pada 29 Jun yang lalu.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Sempena Hari Sukarelawan Sedunia, bekas pelakon dan hos Irma Hasmie ada menitip kata ucapan buat sahabat baiknya, Heliza Helmi.
Bekas bintang Akademi Fantasia 5 itu aktif melakukan kerja amal dan misi bantuan kemanusian di Palestin.
Irma atau nama sebenarnya Irma Hasmie Ibrahim memaklumkan dirinya rasa bangga dan kagum dengan semangat kecekalan yang dimiliki Heliza.
“Hari ini Hari Sukarelawan Sedunia! Saje nak dedicate a wish to someone yg mmg gigih n buat kita selalu rasa kagum dengan usaha dia selama ini.
“Sbb bila sebut sukarelawan mesti teringat terus kat kawan ku sorang ni @nurhelizahelmi “Mu tau tak yg mu tanpa henti menyumbang masa, bakat, kederat atau apa sahaja yg mu mampu dalam kerja2 sukarelawan.
Di samping itu, Irma juga mengharapkan agar usaha dan semangat Heliza dapat jadi ikutan orang ramai.
“Klu ada jobs pun sanggup tolak sbb priority nk bgi awareness dulu ttg isu kemanusiaan, subhanallah!” Kat syurga nnt sebut nama ku ek, janji tau mu! .
“Moga lebih ramai insan yg prihatin seperti nya, teruskan usaha tu, moga menjadi ikutan ramai lagi…ya Allah berikan byk2 kebaikan n keberkatan mu Allah buat sahabatku ini.,” tulisnya panjang lebar.
A post shared by Irma Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on
Sekadar informasi, sambutan Hari Sukarelawan Sedunia akan disambut pada 5 Disember pada setiap tahun.
Foto: Instagram Irma Hasmie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Sebentar tadi, Neelofa ada membuat kenyataan rasmi berhubung iklan isu produk Nilofa Banana Milk yang didakwa mengelirukan hingga turut mendapat perhatian Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan.
Menerusi posting Jumaat lalu, KKM telah memuat naik satu posting di Facebook BKKM mengenai susu pisang hanya sekadar susu berperisa, bukan ubat yang mampu merawat sebarang penyakit.
Pada masa sama, BKKM turut menggesa pengguna supaya berwaspada dan jangan tertipu dengan iklan-iklan produk makanan seumpama itu.
SUSU PISANG adalah minuman susu berperisa pisang je🧐& Bukanya UBAT untuk merawat sebarang penyakit seperti dinyatakan…
Posted by Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia on Friday, November 29, 2019
Usahawan itu ada memberikan kenyataan menerusi IG TV di Instagram rasmi Nilofa HQ, memberikan penjelasan terperinci mengenai apa yang berlaku.
Malah, Neelofa turut mengakui pihak KKM ada melakukan tinjauan ke kilang bagi mendapatkan kepastian.
“Tentang isu yang menjadi tular di media sosial berkenaan ‘overclaim’ atau kandungan gula, saya nak jelaskan di sini, ketika awal bertemu dengan pihak kilang dan team, saya ada jelaskan.
“Saya kata, nak mahu buat produk yang mempunyai formulasi untuk kecantikan atau kesihatan. Maksudnya tak nak untuk merawat ke, menguruskan ke, mencantikkan ke, memutihkan ke… Saya tak mahu fokus kepada hal tersebut.
“Saya mahu posisikan produk saya sebagai suatu produk gaya hidup atau minuman harian. Sebab itulah tidak ada pun di kotak tentang kesihatan atau kecantikan.
“Pihak KKM juga sudah pun hadir ke kilang kami dan selepas mereka membuat segala penelitian, alhamdulillah apa yang kami perlu perbaiki ialah ‘packaging’ supaya ia diklasifikasikan sebagai susu berperisa pisang.
“Pihak kami juga sudah pun menghantar apa yang perlu untuk diperbetulkan dalam keluaran yang seterusnya,” katanya yang turut menjelaskan tiada tindakan yang diambil atas perkara terbabit.
Neelofa pada masa sama turut berkongsi mengenai peringkat awal produk tersebut dikeluarkan.
“Saya juga ada berbincang dengan agensi pemasaran untuk melakukan penelitian di setiap tahap sebelum membuat sebarang pernyataan.
“Ia perlu mendapat kebenaran kami dan pihak kilang terlebih dulu bagi elakkan salah faham,” katanya yang turut menyentuh mengenai kandungan gula dalam produk minuman Nilofa.
Berikut merupakan kenyataan penuhnya;
A post shared by NILOFA BUSINESS GROUP (@nilofa.hq) on
Terdahulu, Dr. Amalina baru-baru ini juga ada menulis ciapan mempersoalkan tentang iklan produk yang menyenaraikan kebaikan susu terbabit pada iklan yang disiarkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pendatang bakat baru dalam industri hiburan lokal datang dan pergi dan boleh diibaratkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Pelakon jelita, Anzalna Nasir misalnya mengakui tidak berasa tercabar dengan kelahiran bakat baru dalam industri hiburan.
Ini kerana, baginya masing-masing mempunyai bakat tersendiri misalnya pendatang baru yang dicungkil menerusi program realiti Pencarian Dewi Remaja.
Terjun ke dunia seni selepas menyertai program sama hampir sembilan tahun lalu, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir juga percaya rezeki.
“Walaupun Anzalna dah ada anak, dulu pernah fikir juga alamak ramainya pendatang baru.
“Seperti saya yang bergelar isteri dan ibu, mesti orang akan fikir saya seperti berada pada satu tahap berbeza.
“Tapi selepas habis pantang, hari yang ke-45, saya akui ada terima tawaran berlakon dari syarikat produksi. Akan tetapi tawaran tersebut terpaksa tolak cara baik kerana saya lebih selesa untuk jaga anak kecil sendiri,” jelas Anzalna.
Pada masa sama, Anzalna menyifatkan kehadiran anaknya yang dilahirkan pada 31 Mei lalu sebagai rezeki bermakna.
“Eidress boleh diibaratkan satu anugerah yang paling indah dalam hidup dan itu juga yang kami nantikan selama ni.
“Jadi bila ada dia saya kena hargai apa yang Allah bagi dekat saya dan kena bagi fokus yang sepenuhnya terhadapnya juga selain suami.
“Apa pun, saya tidaklah ada rasa tercabar dengan bakat-bakat baru, rezeki Allah itu luas dan sentiasa ada, insyaAllah,” katanya kepada MH.
Anzalna ditemui MH pada majlis pelancaran tudung jenama HANAMI yang berlangsung di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur pada Selasa.
Sekadar informasi, Anzalna merupakan bintang kelahiran Dewi Remaja 2009/2010 sezaman Izara Aishah, Syatilla Melvin, Azar Azmi dan juaranya, Neelofa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

