Ads

Izreen Azminda Fahami Cabaran Ibu Tunggal

Pelakon Izreen Azminda bangga dipilih menjadi duta Kempen Daripada Ibu Kepada Ibu bagi membantu ibu tunggal.   

Kempen seluruh negara ini menggalakkan rakyat Malaysia membantu mengurangkan beban ibu tunggal semasa Ramadan dengan memberi sumbangan barangan. 

Jelas Izreen, sebagai ibu tunggal, dia memahami cabaran dihadapi ibu tunggal lain yang perlu mencari rezeki buat keluarga. 

Ads

“Sokongan keluarga dan rakan memainkan peranan dalam menceriakan hidup kami terutama pada musim perayaan di mana perbelanjaan lebih tinggi daripada biasa. Saya bangga dapat jadi sebahagian daripada kempen ini untuk beri sokongan,” ujarnya.  

Izreen Azminda Fahami Cabaran Ibu Tunggal

Kempen Daripada Ibu Kepada Ibu ini berlangsung dari 15 Mei sehingga 15 Jun di 50 cawangan pasar raya terlibat (Giant, Tesco, Mydin dan Aeon) di seluruh negara. Pembeli yang membeli produk P&G bernilai RM30 atau lebih layak menerima sebuah Beg Hati. 

Ads

Mereka digalakkan mengisi beg tersebut atau mana-mana beg lain dengan barangan tak mudah rosak seperti makanan kering atau makanan tin, minyak masak atau sabun cuci dan meletakkannya di kotak pengumpulan yang ditempatkan di cawangan terlibat. 

Ads

Food Aid Foundation akan mengumpul barangan tersebut di akhir kempen ini dan mengagihkannya kepada ibu tunggal di seluruh Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen tersebut dan senarai penuh cawangan yang mengambil bahagian, sila layari www.daripadaibukepadaibu.com.my.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

GV12: 59.50% Tak Cukup Selamatkan Rahmat Ekamatra, Mendua ‘Mendonia’ 74% &...

Perjalanan bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Rahmat Ekamatra akhirnya terhenti di minggu ketujuh apabila perkara itu diumumkan semasa segmen Ada Lagu Ada Lagi, namun...
error: Hello. Cannot.