Izara Aishah Turun 12kg Selepas Melahirkan Puteri Sulung

Share

Pelakon Izara Aishah berpuas hati dengan berat badannya selepas melahirkan anak sulung, Irisa Alaia pada 15 April lalu.

Menurut figura cantik itu, dia berjaya menurunkan berat badanya sebanyak 12kg.

44 hari kak Erna dari Natalis jaga pantang. Dari 65kg to 53kg. Setiap hari diurut, sauna, ditungku, dipaksa pakai bengkung dan jaga makanan.

“Minggu pertama kak Erna jaga, Izara dah terpaksa beli bengkung size yang lebih kecil. Thank youuuuu for the superb service kak Erna and Natalis!,” tulisnya.

Menerusi foto yang dirakam menantu DS Siti Nurhaliza itu, dapat dilihat perubahan fizikalnya ketika berbadan dua dan foto terkini.

Terdahulu, Izara dan Adib Khalid berkahwin pada 17 November 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata Irisa Alaia yang dilahirkan pada 15 April lalu seberat 2.9kg.

 

Foto:Instagram Izara Aishah

IKLAN