Penyanyi, Diandra Arjunaidi, mendedahkan dirinya kini didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan kali kedua.
Menurut Diandra, ujian tersebut dibuat selepas suaminya, Efry Arwis terlebih dahulu dijangkiti wabak berkenaan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
“Jadi ini yang terjadi. Seperti semua tahu, selepas Ery didapati negatif pada ujian saringan Covid-19 yang pertama, saya telah menjalani tempoh kuarantin di rumah sejak 21 November lalu.
“Selepas dia didapati postif pada ujian saringan yang kedua, saya telah pun melanjutkan tempoh kurantin yang sepatutnya berakhir pada 11 Disember ini.
“Ini bermakna saya dan Eva perlu membuat ujian saringan sebagai langkah berjaga-jaga walaupun kami tiada melakukan sentuhan fizikal bersamanya sejak 21 November lalu,” tulisnya.
Ads
Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi lagu Angkasa itu meluahkan rasa lega selepas anaknya yang baru sahaja berusia setahun didapati negatif.
“Dipendekkan cerita, kami telah pun membuat ujian swab pada Selasa (1 Disember) dan keputusannya saya didapati positif pada keesokkan harinya (2 Disember).
“Ajaibnya Ava didapati negatif dan saya berharap agar ia berkekalan begitu,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Diandra turut menjelaskan dia kini sedang mengasingkan diri di rumah sementara menunggu panggilan daripada pihak pejabat kesihatan daerah untuk membawanya ke hospital.
“Apapun, saya kini sedang kuarantin diri di bilik sejak Selasa dan masih lagi menunggu panggilan daripada pejabat kesihatan daerah (pkd) untuk membawa saya ke hospital. Saya kini masih menunggu dan tiada khabar berita. Boleh bayangkan tak?
Ads
“Dari segi simptom, saya mengalami sedikit masalah ketika bernafas, sakit tekak dan hilang sepenuhnya deria rasa dan bau. Jagalah keselamatan diri anda semua,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis terkejut apabila mendengar perkhabaran tersebut selain turut menitipkan doa semoga Diandra dan suaminya dapat segera sembuh.
Sumber: Instagram Diandra Arjunaidi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah, Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat ada memberikan pendapat ikhlasnya mengenai sikap segelintir pihak yang merasakan ilmu bukanlah sesuatu perkara yang penting terutamanya di era serba moden ini.
Menurut Shahrulezad, walau sesukar mana pun kehidupan seseorang itu, ilmu seharusnya menjadi keutamaan.
“I think I desperately need to share this. Sebesar besar kekayaan ialah kaya ilmu dik. Not how much money you earn everyday. Di samping kita menyeru kepada positivity setiap hari. Abam jugak menyeru kepada adik adik instafemes di luar sana menyeru kepada perkara yang benar. Iaitu kepentingan ilmu.
“Ilmu ada lah segala-galanya. Tak kira lah kau cuma mampu tinggal di rumah kotak sekali pun. Tak kisahlah kalau kau cuma berkereta kancil. Janji kau berilmu dalam pelbagai bidang. Jgn dimegahkan sangat dengan SPM 7G tu. Dihina pun jangan,” katanya.
Budak Ijat berkata sedemikian menerusi sebuah posting yang dikongsikan di laman Instagram.
Jelas pengarah drama Nur itu lagi, dia turut menyeru individu-individu di luar sana terutamanya para personaliti media sosial untuk berhenti memberi bayangan kepada pengikut-pengikut mereka bahawa tanpa ilmu mereka juga boleh berjaya.
“Tapi jangan sesekali mengelirukan adik adik kita diluar sana dengan memberi bayangan yg ilmu tu tak penting. Demi Allah ilmu adalah yg PALING penting sekali. Islam menuntut kita berilmu bukan suruh kita mengejar kefemesan dalam mencipta kekayaan.
“Apatah lagi bermegah megah dengannya atas alasan motivasi yg palsu. Real motivation here is KNOWLEDGE!
“Tanpa ilmu mencipta aplikasi media sosial yang adik gunakan sebagai lubuk buat duit. Adik sudah pasti tak akan merasa sama sekali memiliki mustang yang adik dok megah megahkan tu.
“Untuk jadi kaya menggunakan medsos macam adik ni pun perlukan ilmu dik. Bukan semata mata pada rupa dan nasib,” katanya lagi.
Shahrulezad turut menambah, ilmu yang dicari akan sentiasa bawa kita ke hadapan manakala populariti pula hanyalah bersifat sementara.
“Ilmu tak akan susut nilai. Kereta Mustang ya! Abam bukan cemburu tau. Abam cuma kesian melihat mindset sesetengah instafemes yg alahai…bijik kacang hijau pun lagi besar abam rasa.
“Ditakdirkan suatu hari nanti seluruh internet di dunia ni lumpuh. Apa kau nak buat dik? Modal apakah lagi yg boleh kau guna selain dari ilmu untuk meneruskan kehidupan.
“Guys, We are not only need to spread positivity dalam hidup tapi kita juga terdesak untuk menyebarkan kebenaran yang benar. Apa yang adik ‘bertuah’ ni cuba sampaikan pada ‘rakyat jelata/follower’ dia sangat misleading dan kita WAJIB perbetulkan.
“Salam hari Isnin utk semua. Trust me. Kefemesan yg kita kecapi hari ni jugak adalah satu ujian dari Allah yg akan kita dipersoalkan di akhirat kelak,” akhirinya.
Sumber: Instagram Budak Ijat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski belum ditayangkan, sebuah animasi terbitan lokal, Robozeta bagaimanapun telah berjaya mencuri perhatian negara luar apabila dilamar oleh sebuah stesen televisyen antarabangsa, baru-baru ini.
Diproduksikan oleh syarikat Red Circle Studio Sdn Bhd bersama barisan pasukan animasi yang berbakat besar, peluang keemasan tersebut berjaya diraih mereka meski seluruh dunia masih kebimbangan berdepan pandemik Covid-19.
Pengarah Robozeta, Muhammad Dzahiruddin Ahmad Zabidi, berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian itu kerana Robozeta adalah sebuah siri baharu yang belum pernah diuji kehebatannya sebagaimana siri animasi popular yang lain seperti Ejen Ali, Upin & Ipin mahupun BoBoiBoy.
“Sebuah syarikat penyiaran TV popular antarabangsa amat berminat untuk menjadikan Robozeta sebagai salah satu program siarannya.
“Bagaimanapun ketika ini kami masih terikat dengan kontrak bersama pihak Astro Ceria,” katanya.
Tambah Dzahiruddin lagi, pihaknya mengambil inisiatif sendiri untuk menghubungi syarikat penyiaran dan stesen TVantarabangsa untuk menguji sejauh mana Robozeta mampu mengembangkan pengaruhnya sebagai program kanak-kanak yang relevan untuk tontonan dunia.
“Oleh kerana dunia dilanda penularan pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini, Red Circle Studio tepanggil untuk mengintai peluang mendekati syarikat penyiaran dan pengedar program antarabangsa untuk melihat sejauh mana Robozeta ini mampu diterima negara luar.
“Dengan cara itu, secara tidak langsung mewujudkan hubungan dua hala yang boleh dimanfaatkan pada masa akan datang. Tambahan pula, ketika ini banyak kerja-kerja produksi tergendala akibat pandemik Covid-19 menyebabkan banyak stesen TV ketandusan bahan siaran kerana tiada program baharu.
“Syarikat penerbitan antarabangsa sememangnya mengalu-alukan kandungan progrom dari luar, bagi menampung kekosongan yang ada,” katanya lagi.
Bermula dari sebuah pertandingan, sekaligus muncul pemenang program IPCC 2016 MDEC, Red Circle Studio Sdn Bhd mengembangkan Robozeta daripada sebuah projek pilot sebelum mengorak langkah lebih berani menghasilkan siri animasi 13 episod.
Menerusi peruntukan dana hampir setengah juta diperoleh dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), yang boleh dianggap agak kecil berbanding dana diterima produksi lain, Red Circle Studio Sdn Bhd, membuktikan mereka mampu menghasilkan karya setanding antarabangsa.
Percaya bahawa membina jenama yang kukuh di negara sendiri sentiasa menjadi keutamaan, Robozeta mengisahkan tentang lima adiwira iaitu Riko, Jango, Rexx, Bepop dan Ely. Dimana kelima-lima Adiwira ini bersatu untuk mempertahankan Zenochip.
Kesemua 13 episod siri animasi ini sudahpun siap sepenuhnya dan episod pertamanya sudah ditayangkan semalam, di Astro Ceria, jam 4.30 petang setiap Sabtu dan Ahad.
“Untuk informasi, Robozeta adalah sekumpulan adiwira cilik yg melindungi bandar Zetania dari ancaman musuh iaitu geng Kalabera yang berhasrat merampas sebuah chip dikenali sebagai ZenoChip. Yaitu sumber kuasa yang mampu memenuhi segala impian mereka.
“Kelima-lima adiwira ini mempunyai perwatakan yang berbeza. Riko misalnya merupakan kapten dalam pasukan ini memiliki sikap kepimpinan yang tinggi. Janggo pula adalah orang kanan kepada Riko yang sangat terkenal dengan kegarangannya, paling handal namum pendiam dan baik hati.
“Sesuai dengan namanya Bepop pula adalah seorang yang periang dan kelam kabut. Bepop adalah pencetus komedi dalam siri animasi ini. Sementara Rexx berbadan sasa, malangnya sedikit lembap akan tetapi kekuatannya terletak pada saiznya yang besar.
“Terakhir sekali adalah Ely, satu-satunya perempuan yang sering menjadi penasihat dan penyejuk dalam pasukan ini setiap kali mereka berdepan masalah.
“Paling istimewa, apa yang membezakan Robozeta dengan adiwira yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia sebelum ini, selain kuasa dan kenderaan istimewa dimiliki kelima-lima adiwira tadi, mereka juga boleh bergabung menjadi sebuah mecha robot. Dimana idea ini belum pernah diguna pakai dalam penerbitan siri animasi di Malaysia.
“Kalau di Jepun dan Eropah, Mecha robot ni adalah sesuatu yang biasa tapi di Malaysia, Robozeta adalah yang pertama,” katanya terinspirasi daripada konsep Super Sentai yang popular sekitar 90-an.
Tidak hanya menitik beratkan lakaran dan efek animasi yang hebat, Dzahiruddin turut menyifatkan terapan nilai murni dan mesej khidmat masyarakat menjadi tunjang utama kekuatan Robozeta.
Dalam mempamerkan kehebatan Robozeta, pemahaman mengenai amalan membuang sampah yang betul, kepentingan mengawal pemakanan, limitasi menonton TV atau bermain gajet supaya tidak berlebihan, antara nilai yang diterapkan supaya dapat mewujudkan kepekaan tentang tanggungjawab si kecil pada diri, ibu bapa, persekitaran dan manusia sejagat.
“Topik-topik yang dibawakan setiap minggu amat bersesuaian untuk tontonan setiap peringkat usia dan bangsa. Garapan cerita yang disesuaikan dengan adiwira cilik, kenderaan berkuasa tinggi serta mecha robot juga adalah sesuatu yg boleh dikaitkan dengan penonton dewasa seperti kegilaan kita menonton karya-karya transformers,” katanya.
Berdurasi selama 22 minit, Robozeta adalah siri animasi 3Dberbahasa Melayu dan bergenre aksi komedi.
Tahniah diucapkan buat aktres, Datin Seri Umie Aida yang telah pun selamat menerima kehadiran menantu pertama apabila anak sulung, Danial Firdaus telah pun melangsungkan majlis pernikahan bersama gadis pilihannya, Hanis Zahira, hari ini.
Dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan ini telah pun bergelar suami isteri.
Majlis pernikahan diadakan secara sederhana di Masjid Ibnu Mas’ud, Jalan Damai, Kuala Lumpur.
Berita gembira itu dikongsikan pekakon filem Dukun itu menerusi satu hantaran video pernikahan yang dikongsikan di Instagram.
Sehinggga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 64,000 kali.
Sementara itu, beberapa momen sekitar turut dikongsikan adiknya, Betty Rahman di Insta Stories.
“Alhamdulillah syukur, tahniah,” ucapnya buat anak angkat pertamanya itu menerusi satu video pendek di Insta Stories yang dirakam bersama Erma Fatima dan Betty Rahmad.
Terdahulu, Danial dan Hanis mengikat tali pertunangan Jun lalu.
Selain Danial, Umie mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Mohd Dzulhilmi dan Nur Aisya berusia setahun.
Foto: Instagram Umie Aida, Betty Rahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.