Pelakon Zarina Zainuddin pada Khamis berkongsi sisi peribadinya sewaktu awal perkenalan dengan suaminya, Datuk Seri Raihan, hampir 30 tahun lalu.
Menurut Zarina, Raihan disifatkan sebagai lelaki yang jujur meski pada mulanya dia takut untuk berkawan dengan mana-mana lelaki.
Malah ketika mahu melamar, Zarina meminta Raihan membawanya berjumpa dengan bakal madunya ketika itu untuk meminta izin.
“Saya nak share satu cerita di mana permulaan sejarah saya kenal dengan suami saya. Di waktu itu saya begitu takut nak berkawan dengan lelaki. Saya rasa lelaki semua jahat semua suka nak ambil kesempatan lagi-lagi pada wanita seperti saya, tiada yang jujur.
Ads
“Di usia saya 22, saya berkenalan dengan seorang lelaki yang jujur menceritakan kisahnya mula-mula bercinta dengan isterinya. Dari zaman isterinya tingkatan 2 lagi. Dia cakap bukan senang dia nak rebut hati isterinya sampai nak kena tembak dengan arwah bapa isterinya dengan senapang patah.
“Last-last dia dapat jugak kawin. Cintanya memang cinta mati dengan isterinya. Saya suka dengar dia cerita betapa dia sayang isterinya.
“Bila dia ajak saya kawin saya cakap bawak jumpa isterinya dulu. Dia berani bawak saya jumpa minta izin, his a gentelman. Walau saya kawin tampa cintan cintun tapi dia tak pernah sia-siakan saya,” dedahnya.
Ads
Zarina pada masa sama turut menzahirkan ucapan terima kasih buat ahli keluarga, termasuk pihak madunya.
“Perempuan perlu apa, perlu dihormati, dihargai, disayangi. Selebihnya kita boleh usaha sendiri. Ke mana kau pergi ingat jaga diri jaga solat jaga maruah selamat dunia akhirat. Semua orang buat salah dari salah kita betulkan diri kita, Insyaallah.
Ads
“28 years bukan masa yang sedikit. Terima kasih abah, terima kasih kak shimah dan anak anak tiriku terima diri ini seadanya. Terima kasih mak kenalkan Ina dengan insan yang bernama suami.
“Orang banyak tanya itu suami kedua awak ke. Itulah suami saya dari umur saya 22 tahun lagi sehingga kini 51 tahun,” tulisnya lagi.
Ibu kepada ‘influancer’ popular, Athisha Khan iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed memberikan dedikasi istimewa selepas anak tersayang selamat bergelar isteri pada Sabtu.
Memohon doa moga bahtera perkahwinan diberkatiNya, Kartini turut bersyukur kerana majlis raja sehari dipermudahkan.
Ucapan tersebut dikongsikan Kartini yang juga ibu kepada Neelofa itu di dalam hantaran terkininya di Instagram.
“Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan.”
“Syukur alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan anakanda @athishakhan dan juga pasangannya haiqal siang tadi.
“Mama doakan semoga Allah SWT mengikat cinta kalian seperti utuhnya cinta Adam dan Hawa yang datang dari syurga.
“Semoga perkahwinan ini menjadi medan bertambahnya iman serta taqwa dalam diri kalian. Semoga zuriat yang bakal lahir menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, Amiin,” tulisnya.
Video yang kini ditonton hampir 100,000 kali itu turut merakamkan detik indah Atisha dan pasangan.
Terdahulu, Athisha sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Wan Amirul Haiqal dengan sekali lafaz dan asangan itu dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Abdul Halim Khan dalam sebuah majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.
Bintang media sosial berusia 24 tahun itu menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pihak lelaki.
Difahamkan, mereka berkenalan sejak 10 tahun dan mengikat tali pertunangan pada 19 Januari lalu.
Athisha merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom manakala Wan Amirul merupakan graduan Ekonomi dari Universiti Coventry, England.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan pengantin baru, Datin Seri Heliza Helmi,36, dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman,38, sekali lagi diraikan di dalam satu majlis istimewa, Sabtu lalu.
Acara tersebut telah dilangsungkan di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor dan majlis tersebut sebenarnya telah anjurkan rakan baik, Mila Jirin sebagai hadiah buat rakan baiknya itu.
Mengambil tema ‘Malam Islamik’, majlis turut meraikan simbolik 15 tahun ukhuwah serta persahabatan di antara Mila dan Heliza.
Terdahulu Heliza, mengakhiri zaman bujang pada 1 Januari lalu dengan suaminya yang juga ahli perniagaan, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Heliza atau atau nama penuhnya, Nur Heliza Helmi pada mulanya agak keberatan untuk menerima hadiah berkenaan. Namun mengalah mengenangkan persahabatan mereka yang sedia terjalin sejak sama-sama menyertai Akademi Fantasia musim kelima (AF5).
“Selesai majlis pernikahan dan resepsi, saya dan suami tak ketinggalan diraikan teman baik yang bersungguh-sungguh menganjurkan beberapa majlis. Mila sendiri tak ketinggalan. Dia memang berniat sekian lama. Kalau saya kahwin, mahu diberikan hadiah majlis persandingan.
“Dia sendiri siapa tak kenal memang ‘tauke majlis kahwin’ sejak tahun 2013 selepas tak lagi fokus dalam dunia seni. Masa dia suarakan hasrat itu, saya terkejut. Malah bertambah segan kerana hadiah itu terlalu besar nilainya.
“Tapi dia bersungguh sungguh nak juga memenuhi niat terbuku itu. Akhirnya saya ‘tewas’. Lantas saya pun teringat Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menolak hadiah pemberian sahabatnya.Saya pun ikut sunah Nabi dengan menggembirakan Mila,” katanya.
Malah Heliza yakin Mila dan perniagaan perkahwinannya menjadi asbab untuk terus mengerat dan menyatukan silaturahim sesama insan.
“Penerimaan dan persetujuan hadiah itu juga membuka ruang dan harapan kepada tetamu yang datang majlis itu sama sama berkongsi kegembiraan dan keberkatan.
“Saya yakin hadiah itu ibarat susun atur Allah Taala menerusi Mila untuk diri ini. Dapat juga rezeki sahabat dan insan lain saya kenali datang ke majlis. Termasuklah teman dan tenaga pengajar AF5.
“Majlis Maulid juga diadakan seperti sebelum ini bertujuan memuliakan Nabi SAW. Turut diadakan majlis bacaan Al Quran serta perkongsian ilmu bermanfaat daripada golongan asatizah,” katanya.
Heliza pada masa sama turut berkongsi soal hubungan di antara mereka berdua dan bersyukur mereka dipertemukan.
“Mila cukup bernilai, Masya-Allah. Saya ini tiada apa apa. Dia sangat hebat, baik, solehah dan segala serbi lengkap. Tuhan mempertemukan kami di AF5. Kami akrab walaupun tak sentiasa berhubung dan bersua.
“Namun hubungan dalam hati itu tetap mekar. Kami kalau ada kesempatan akan berkongsi pelbagai cerita. Termasuklahberborak fasal zaman dan kenangan dulu,” katanya.
Heliza yang mesra dengan sapaan Kakja rupanya sebelum ini pernah menerima mesej pertanyaan Abang Dee (suami) di Instagram (IG) mengenai bantuan kemanusiaan yang ingin disalurkan.
“Saya ketika itu sudah terbabit dengan aktiviti pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Mesej itu sebenarnya cukup rawak. Macam orang lain mesej tanya mengenai bantuan mahu diberikan dan sebagainya. Saya membalas pertanyaannya seperti orang lain juga.
“Momen itu berlalu sepintas lalu tanpa ada sebarang pertemuan. Selepas itu tiada apa apa pun terjadi. Malah masing masing meneruskan kehidupan macam biasa. Dijadikan cerita saya dapat tahu dia mahu menunaikan umrah.
“Jadi saya pula jenis yang selamba akan mengirimkan doa untuk dipanjangkan di Tanah Suci Makkah. Saya turut mengirimkan doa melaluinya.
“Saya jenis yang akan kirim doa kepada sesiapa termasuk mereka yang tak dikenali seperti netizen. Kita pun tak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Tuhan,” katanya.
Ungkap Heliza lagi, salah satu doa yang dikirimkan kepada Abang Dee termasuklah perihal jodoh.
“Doa jodoh itu dipanjangkannya di depan Kaabah. Pada ketika detik itu juga, bagai hadir isyarat yang jodoh tertulis antara kami .
“Dipendekkan cerita, dia bertemu keluarga untuk menyunting saya. Seterusnya Allah lorongkan semua itu ke satu ikatan ijab kabul,” katanya.
Ditanya mengenai Abang Dee yang juga pengasas dan Presiden AUF MBZ Consortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan, Heliza dengan rendah hati mengakui sukar mengungkapkan gambaran itu dengan kata kata.
“Sesuatu mengenai dirinya yang susah nak diterangkan dalam satu perkataan atau baris ayat.
“Dia… Masya-Allah, Subhanallah, Alhamdulilah. Dialah syurgaku. Saya bersyukur dikurniakannya. Moga mudah mudahan doa rumah tangga kami sampai ke jannah,” katanya yang turut menyifatkan isteri sebagai wanita yang boleh hidup bersamanya sampai bila-bila.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Bizmilla Wedding Centre
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang versatil, Elly Mazlein menyatakan rasa syukur apabila anak pertamanya, Putri Sara Sefhia kini sudah semakin lancar membaca dan mengira.
Sudah mencecah usia 6 tahun, Elly atau nama lengkapnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi turut teruja kerana permata hatinya itu yang bakal memasuki alam persekolahan tahun hadapan.
Di samping itu, pelakon berusia 41 tahun ini berharap Sefhia terus meningkatkan lagi usaha dalam bidang akademik demi masa depan yang lebih baik.
“Alhamdulillah da 6 tahun Putri Sara Sefhia. InsyaAllah Next year da darjah 1. Cepat betul anak mama beso. Ok tahun ni manja da kena betul-betul siapkan diri untuk derajah 1.
“Tq Teacher’s @cic_malaysia @abedeen.academy mngajar semua anak-anak dengan baik. Alhamdulillah manja makin lancar mmbaca & mengira.
“Tahu ni kite usaha lebih lagi ya manja, ni smua demi masa depanmu sayang. InsyaAllah Papa, Mama, Atok akan cuba bg yg terbaik buat manja Love u manja #educationfirst,” tulisnya di akaun Instagram.
Untuk rekod, Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.
Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini sudah mencecah usia enam tahun.
Selepas itu, Elly mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Noh pada 18 Januari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Haider Mateen, 3 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.