Hiburan

“Itu Yang Akan Bayar Gaji Penyampai & Staf,” – Netizen Minta Kurangkan Iklan Di Radio, Ini Jelas Radin

Share

Bersempena sambutan Hari Radio Sedunia, pengacara dan penyampai radio, Radin ada membuka ruang di Instagram Stories untuk menjawab soalan daripada para pengikutnya.

Antra soalan yang diterima Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani adalah mengenai kadar iklan yang terlalu banyak di radio

Menurut Radin, iklan merupakan antara sumber pendapatan utama yang menjadi penggerak bagi sesebuah stesen radio.

“Ini antara soalan yang paling susah untuk dijawab. Tapi untuk memudahkan pemahaman, iklan-iklan yang berada di radio itu merupakan pelaburan daripada pihak klien.

“Iklan-iklan itu juga yang akan membayar gaji para penyampai dan staf,” katanya.

Pada masa sama, Radin turut memaklumkan jumlah iklan juga menunjukkan stesen radio itu memiliki jenama yang kuat dan dipercayai oleh klien.

“Saya tak nafikan memang ada sesetengah radio yang iklannya banyak. Itu menunjukkan stesen radio itu memiliki satu jenama yang kuat.

“Sebab itu juga klien mahu melaburkan duit mereka di syarikat tersebut,” ujarnya lagi.

Lantaran itu, Radin berharap agar penjelasannya itu sedikit sebanyak memberikan pemahaman kepada para pendengar.

“Radio merupakan entiti berteraskan bisnes. Macam mana radio ini menjana pendapatan adalah menerusi penjualan waktu ke udara yang dibeli para klien dan jenama produk.

“Bila kita buat survey, dari situ juga kita tahu radio mana yang berada di tangga nombor satu. Ia juga mempengaruhi jumlah jualan,” akhirinya.

Sekadar informasi, Radin memulakan kerjayanya sebagai penyampai bersama stesen radio, Era FM pada 2014 sebagai pengendali segmen malam.

Kini, Radin menggalas tanggungjawab selaku program utama radio Era iaitu 3 Pagi Era bersama gandingan penyampai Azad Jasmin dan Nabil Ahmad.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Radin Era

IKLAN