Berita

“Itu Tak Masuk Makan, Pakai, Perubatan & Duit Belanja,” – Fatin Afeefa Kongsi Komitmen Bulanan 2 Anak Cecah Ribuan Ringgit

Share

Pelakon, Fatin Afeefa berkongsi komitmen kewangan yang perlu dibiaya setiap bulan demi memastikan kedua-dua anaknya, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia, menerima pendidikan serta keperluan terbaik.

Menerusi perkongsian di media sosial, Fatin mendedahkan dia memperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi menampung yuran persekolahan dan kelas tambahan anak-anaknya.

Perkongsian tersebut dibuat sebagai reaksi terhadap kenyataan pertanyaan Threads yang berkongsi mengenai komitmen bulanan anak yang mula bersekolah.

Yuran Sekolah & Tuisyen Cecah Ribuan Ringgit

Menurut Fatin, bagi anak sulungnya, dia perlu menyediakan hampir RM12,000 setahun untuk yuran persekolahan selain turut membayar yuran tuisyen secara tahunan bagi menikmati diskaun.

“Anak pertama, yuran sekolah RM11,000. Bayar setahun terus. Tuisyen RM888, pun bayar setahun sebab dapat diskaun,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan oleh pelakon filem Tentang Bulan itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Bagi anak keduanya pula, Fatin memaklumkan dia menanggung perbelanjaan sekitar RM1,500 sebulan yang meliputi yuran persekolahan, kelas Kumon, kelas dalam talian, kelas mengaji serta kelas tambahan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

“Anak kedua, yuran sekolahnya RM670 sebulan. Kumon RM350 sebulan. Kelas online RM150 sebulan. Mengaji RM200 dan kelas tambahan UPKK RM90 hingga RM150,” kongsinya lagi.

Belum Termasuk Makan, Pakaian & Perubatan

Dalam masa sama, Fatin menjelaskan jumlah tersebut masih belum merangkumi komitmen atau keperluan asas lain setiap bulan.

“Itu tak masuk makan, pakaian, medical dan duit belanja lagi,” tulisnya lagi.

Sekadar informasi, Fatin pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia.

Fatin kemudiannya kembali mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai, pada 30 Disember 2022.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, iaitu Muhammad Jibril.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fatin Afeefa

Published by
Aizam Manaf