Uncategorized

“Itu Pun Dah Cuci Kalau Tak…,” -Reaksi Sharifah Sakinah Bila Netizen Kecam Sebab Tunjuk Pusat

Share

Pelakon, Sharifah Sakinah sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen apabila memuat naik foto terbarunya di laman Instagramnya, semalam.

Dalam foto tersebut kelihatan Sakinah memakai pakaian ‘crop top’ yang menunjukkan pusatnya.

“Seperti hari minggu. Pls mention

my stretch marks I’m not as fit as the image potrayed before. Real human have flaws .

“Appreciate your beauty, accept your flaws and celebrate the perfect combination that makes you, YOU,” tulisnya.

Susulan itu, netizen segera memberikan ‘nasihat’ kepadq Sakinah supaya menutup auratnya serta menggelar pusatnya itu dengan gelaran ‘hodoh’.

Bagaimanapun, pelakon drama Isteri Aku Dari Neraka itu tidak mengambil pusing akan hal itu malah sempat membalas kritikan mereka itu.

“Itu pun dah cuci, kalau tak uishh,” balasnya.

Alahai Sakinah, ada sahaja jawapannya pada netizen! Mungkin sudah acap kali menerima pelbagai kritikan daripada netizen membuat dia sudah lali dengan semua kecaman itu.


Sebelum ini, ada beberapa selebriti lain turut menjadi mangsa kritikan netizen kerana berpakaian seksi seperti Little Miss Khan, Scha AlYahya, Reen Rahim dan Raja Ilya.

Foto/Instagram: Sharifah Sakinah

IKLAN