Categories: Berita Hiburan

“Itu Hantaran Yang Manis Dan…,” – Anna Jobling Hargai Hubungan Akrab Dengan Karel Susanteo, Ulas Komen Emoji ‘2 Love’ Di IG

Share

Pelakon Anna Jobling menyifatkan hantaran romantis dimuat naik pelakon dan penyanyi Indonesia, Karel Susanteo, bersama dirinya yang mencuri perhatian ramai baru-baru ini sebagai satu cara menzahirkan penghargaan terhadap perkenalan mereka yang kini sudah memasuki usia dua tahun.

Anna yang kini kerap berada di Indonesia atas komitmen kerja menjelaskan, dia juga mempunyai ramai kenalan di negara tersebut dan selesa meluangkan masa bersama mereka jika berkepalangan.

“Apa yang saya boleh cakap, saya sangat menghargai orang yang menghargai saya. Malah, saya juga ada ramai rakan di Indonesia dan luangkan banyak masa di sana juga.

“Jadi, itu adalah hantaran yang manis dan kalian yang tengok itu tahulah,” katanya.

Anna ditemui ketika sesi di sebalik tabir bersama media bagi penggambaran drama terbaharu lakonannya, Yes! Captain Zul Aaryan

yang akan disiarkan menerusi slot Akasia TV3 awal Julai ini, malam tadi.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/privasi-tapi-bukan-rahsia-bercuti-ke-amerika-syarikat-dengan-si-dia-anna-jobling-perjelas-gosip-cinta-tegaskan-soal-peribadi/

Hargai Doa & Sokongan

Mengulas komen positif daripada peminat yang mendoakan kebahagiaan mereka, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling, menerima perkara itu dengan hati terbuka.

Menurut aktres kacukan Melayu-Inggeris itu, dia amat menghargai setiap komen serta doa baik yang diberikan peminat terhadap hubungan mereka.

“Alhamdulillah saya sangat hargai komen dan doa baik-baik yang diberikan orang ramai pada hantaran itu. Terima kasih sangat untuk semua ucapan dan doa,” katanya lagi.

Dalam pada itu, penerima trofi Bintang Asia Terbaik pada Seoul International Drama Awards 2025 itu mengakui dia dan Karel jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja serta kehidupan sendiri.

Bagaimanapun, Anna berkata dia tetap akan mencari ruang untuk meluangkan masa bersama individu yang membuatkan dirinya berasa selesa.

“Selalu jumpa itu tidak, sebab saya sibuk dengan kerja dan kita ada kehidupan masing-masing.

“Saya sentiasa cuba yang terbaik untuk luangkan bersama orang yang saya selesa sama ada itu keluarga, rakan dan sesiapa sahaja sekiranya tiada kerja perlu dilakukan,” katanya.

Hantaran Jadi Sorotan

Sebelum ini, Karel yang juga bekas anggota kumpulan Super7 berkongsi swafoto hitam putih bersama finalis Dewi Remaja 2018/19 itu dengan kapsyen ringkas memaparkan nombor dua serta emoji hati berwarna putih.

Hantaran itu dipercayai dibuat sempena meraikan ulang tahun kedua perkenalan dan hubungan mereka.

Anna turut memberi reaksi terhadap hantaran berkenaan dengan meninggalkan komen, ‘& to many more’ (dan akan lebih banyak) beserta emoji hati berwarna merah jambu.

Terdahulu, Anna dan Karel turut mencuri perhatian apabila mengadakan percutian di Los Angeles, Amerika Syarikatbersama beberapa kenalan dan ahli keluarga.

Dalam perkembangan lain, Anna kini sibuk menjalani penggambaran drama terbaharu, Yes! Captain Zul Aaryan, iaitu adaptasi novel popular karya Wnfhanna.

Drama arahan Nizam Zakaria itu turut menampilkan Jazmy Juma sebagai Captain Zul Aaryan, manakala Anna memainkan watak Zara Andrea.

Yes! Captain Zul Aaryan mengisahkan Zul Aaryan, seorang juruterbang yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berdepan trauma selepas dikhianati bekas kekasihnya.

Bagi Aaryan, cinta bukan lagi keutamaan sehingga dia bertemu Zara Andrea. Insiden kopi tertumpah di lapangan terbang menemukan mereka dalam suasana tegang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
MH