“Itu Dia Ibu Mertua, Ipar…,” – 5 Tahun Kahwin, Baru Nabila Huda Dapat Peluang Isi Masa Liburan Dengan Keluarga Belah Suami

Share

Pelakon Nabila Huda ada memuat naik beberapa keping foto sedang meluangkan masa bersama suami dan anak yang turut disertai ahli keluarga mertua.

Nabila yang mengisi musim cuti dengan berliburan di sebuah destinasi pelancongan di Negeri Sembilan bagaimanapun menjelaskan, momen tersebut amat bermakna kerana ia menjadi percutian pertama bersama selepas 5 tahun berkahwin.

“Haa tu dia my mom in law, sis in law and brother in law. Kalau korang nak tau, this is our 1st vacay together after 5 years berkahwin.

“Kesian kan keluarga mertuaku dapat menantu Nabila Huda asyik busy, busy, busy…,” tulis bintang Munafik ini jujur.

Nabila telah mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008, namun berpisah dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila, 8.

Selepas itu, Nabila berkahwin bersama Mohd Izwan pada Disember 2015.

Foto : Instagram Nabila Huda

IKLAN