“Its Not Funny, Jadi Maid Itu Kerja Mulia,”- Niat Sarah Mahu Cari Pembantu Rumah, Tapi Lain Pula Jadinya…

Share

Penyanyi Siti Sarah ada memuat naik posting di akaun Instaramnya awal hari ini berkaitan mahu mencari pembantu rumah warga Filipina.

Bagaimanapun, posting tersebut telah disalahertikan netizen apabila mereka memandang rendah pekerjaan tersebut dan mulai kongsi nama (tag) rakan masing-masing.

Boleh dikatakan, posting tersebut kurang membantu penyanyi lagu Semakin itu.

Ini kerana, lebih ramai netizen telah meninggalkan komen berbaur sindiran.

Tidak hanya berdiam diri, Sarah kemudiannya tampil memberikan reaksi dan memuat naik posting terbarunya di Instagram.

Serentak itu, netizen bersetuju dengan kenyataan penyanyi lagu Semakin itu.


Foto : Instagram Siti Sarah

IKLAN