Categories: Uncategorized

“It’s Always Have Been You, Why’d You Left,”- Sharifah Rosa Luah Rasa Rindu Pada Ismail Izzani, Apa Motif?

Share

Sebelum ini, Instafamous, Sharifah Rose pernah mendedahkan hubungannya bersama penyanyi Ismail Izzani telah pun berakhir.

Ia susulan Rose mendakwa Ismail telah berulang kali berlaku curang terhadap dirinya sebelum ini

Namun, semalam tular pula di media sosial apabila Rose dilihat meluahkan perasaan rindu terhadap bekas teman lelakinya itu di ruangan komen Instagram.

“I miss you. It’s always have been you why’d you left,” tulisnya.

Langsung melihat komen tersebut, ini respon balas penyanyi  lagu Luar Biasa itu.

“Hit me up anytime, I’m here and I always do,” jawabnya.

Namun, kenyataan Rose itu mengundang rasa pelik segelintir netizen kerana umum mengetahui Instafamous tersebut telah pun mempunyai teman lelaki.

Rata-rata menganggap Rose berhak mendapatkan seorang lelaki yang jauh lebih baik dan mampu membahagiakan dirinya.

Bagi MH, janganlah kita cepat membuat sebarang spekulasi kerana mungkin rasa rindu tersebut hanyalah bersifat luahan seorang rakan dan tidak lebih daripada itu.

Foto: Instagram Sharifah Rose

IKLAN