“Its A Girl,” – Zizie Ezette Bakal Dapat Bayi Perempuan, Dijangka Bersalin Mac Depan

Share

Pelakon, Zizie Ezette akhirnya berkongsi jantina anak ketiganya.

Dia berbuat demikian dalam satu majlis ringkas dipercayai untuk mengumumkan jantina anak yang dikandungnya itu.

Zizie yang juga merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut berkongsi foto semasa majlis itu berlangsung di laman Instagramnya.

“Girl, See you in March my sweet lil angel. #InsyaALLAH,” tulisnya.

Dalam pada itu, di ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh netizen.

Zizie berkahwin dengan Bung pada tahun 2009 dan dikurniakan anak kembar pada 29 Disember 2017 iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette menerusi pembedahan.

Aktres itu juga mempunyai dua anak angkat, Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 1.

Foto/Instagram: Zizi Ezette

IKLAN