IT: Chapter Two Hampir 3 Jam, Pengarah Dedah Durasi Sebenar Iaitu Kira-Kira 4 Jam

Share

Oh my! Buat pencinta filem seram korang sudah bersediakah untuk merasai rasa takut, meremang lebih dua jam? Hakikatnya, durasi filem seram paling dinanti, IT: Chapter Two difahamkan mempunyai durasi 2 jam 45 minit, 30 minit lebih lama dari durasi filem pertama.

Malah, hal tersebut turut diakui sendiri pengarahnya, Andy Muschietti. Lebih mengekutkan, Muschietti ketika ditemu bual media tempatan turut mendedahkan sebenarnya, durasi asal filem sekuel itu adalah kira-kira 4 jam lamanya!

Bagaimanapun, proses penyuntingan telah dilakukan secara teliti untuk mengelakkan penonton merasa tidak selesa dan bosan bagi yang bakal menonton.

It: Chapter Two  mengangkat kisah rentetan dari filem pertama yang mana ia akan mengambil tempat 27 tahun selepas kejadian pada musim panas 1989 yang menyeramkan.

The Loser’s Club sudah dewasa dan berpindah jauh sehinggalah satu panggilan telefon memaksa mereka pulang ke Derry, Maine, apabila musuh utama mereka iaitu It yang dikatakan sudah kembali.

Lalu, mereka bersatu semula bagi menunaikan janji zaman kanak-kanak mereka iaitu untuk memusnahkan It buat selama-lamanya.

Namun, makhluk seram itu kembali dengan ‘kuasa’ yang lebih kuat. Filem ini bakal ditayangkan di seluruh dunia September depan.

IT: Chapter Two dibarisi pelakon baru dalam lama seperti James McAvoy, Jessica Chastain, Bill Hader, Isaiah Mustafa dan ramai lagi.

Foto: Carian Google

IKLAN