Menginjak usia 33 tahun, pelakon Isyariana mengakui ada terfikir untuk mendirikan rumah tangga namun ia bukanlah fokus utama buat dirinya pada ketika ini.
Menurut Isyariana atau nama sebenar, Isyariana Che Azmi, 33, kegagalan rumah tangga ibu bapanya sedikit sebanyak memberi kesan buat dirinya yang mana dia melihat sendiri keadaan ibunya yang bangkit selepas melalui situasi tersebut.
“Saya percaya jodoh itu ada dan tidak menolaknya, kalau memang Tuhan sudah tetapkan dia, mungkin hati saya akan senang.
“Saya memang berdoa supaya tidak dipertemukan dengan seseorang yang bukan untuk saya.Kalau boleh saya tidak mahu berhadapan dengan penceraian tetapi perancangan Tuhan, siapa yang tahu,” katanya kepada MH.
Isyariana ditemui pada majlis sidang media dan tayangan episod pertama drama terbaharu lakonannya, Isteri Halal yang diadakan di Z Botanica by Nicksman, One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Isyariana berkata dia tidak serik untuk bercinta sebaliknya mempunyai ‘trust issue’ yang mana menyebabkan mana-mana lelaki yang ingin mendekatinya pasti akan berlalu pergi sebelum hubungan mereka melangkah ke fasa seterusnya.
“Saya masih belum berkahwin bukan disebabkan takut teraniaya atau sebagainya. Cuma, mungkin saya sudah selesa dengan keadaan seperti sekarang ini.
Ads
“Tapi, masalah sebenarnya adalah saya susah hendak mempercayai seseorang lelaki itu. Kadang-kadang saya terpaksa mengambil masa lama untuk mengenalinya.
“Sehingga membuatkan dia rasa bosan dan berfikir saya tiada usaha untuk ke fasa seterusnya… jadi, akhirnya dia pun pergi,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai ciri-ciri lelaki idamannya, Isyariana berkata dia mengimpikan jejaka yang bukan berlatar belakangkan industri hiburan selain si dia mestilah seorang yang tidak banyak bercakap.
“Saya mahu yang pendiam. Saya suka orang yang hanya bercakap perkara penting sahaja. Biar saya sahaja banyak bercakap.
Ads
“Selain itu, kalau boleh saya mahu elakkan individu yang bergelar selebriti,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai wataknya dalam Isteri Halal, Isyariana berkata dia teruja apabila pertama kali dapat bekerjasama di bawah syarikat produksi Radius One.
Menariknya, jalan cerita yang dibawakan drama itu mengetengahkan isteri teraniya yang cuba bangkit daripada suami yang berlaku curang terhadapnya.
“Ini merupakan kali pertama saya berlakon di bawah produksi Radius One, memang cukup teruja sebab dah lama memang nak berlakon dengan mereka.
“Saya pun suka dengan watak Adelia yang mana kali ini memperlihatkan watak isteri yang kembali bangkit bila diri dicurangi suami, lain daripada watak-watak baik yang pernah saya jayakan sebelum ini,” katanya lagi.
Isteri Halal yang diarahkan Uchee Fukada bakal memulakan siaran pada 27 Februari ini menerusi saluran Astro Ria (104).
Ia mengisahkan kisah hidup Adelia (Isyariana) yang meninggalkan keluarganya untuk berkahwin dengan Zayn (Aidit Noh), seorang lelaki daripada keluarga miskin.
Zayn kemudiannya bermain kayu tiga di belakang Adelia dengan menjalinkan hubungan sulit dengan sahabat baik Adelia sendiri iaitu Eyra, lakonan Uqasha Senrose.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan penyampai Suria FM Shuib sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Watie Hanafiah, 35, pertengahan tahun ini.
Shuib, 39, bagaimanapun berkata, urusan berhubung perkara tersebut masih dalam perancangan dan berjanji akan berkongsi kepada ramai apabila tiba masa sesuai.
“Saya berniat (mendirikan rumah tangga) pada pertengahan tahun ini. Insya-Allah yang terperinci akan kongsikan nanti,” katanya.
Shuib berkata demikian ketika ditemui pada siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection di Kuantan City Mall, pada Sabtu.
Mengulas mengenai penerimaan Watie selepas mulai menerima perhatian netizen, Shuib memberitahu usahawanita itu perlu dibimbing olehnya.
“Saya selalu beritahu dia supaya jangan ambil pusing atau baca komen. Kadang-kadang kesian juga sebab dia bukan selebriti.
“Setakat ini semuanya baik dan saya ada beritahunya, tidak mengapa (jadi perhatian netizen), tetapi saya bimbing awak,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib terharu apabila ibunya, Amy Salmi boleh menerima kehadiran Watie dengan baik, termasuk rapat dengan anak bongsunya, Ayash Affan.
“Ayash hanya mahu tiga orang wanita sahaja iaitu mama, pembantu dan Watie.
“Sekarang pun Watie yang menjaga Ayash sebab mama sedang mengerjakan umrah,” katanya.
Imbas kembali, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah dan dikurniakan empat cahaya mata.
Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 2.
Sarah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada Ogos 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli akui kecewa selepas mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat pereka dalaman yang sepatutnya bertanggungjawab menyiapkan proses renovasi rumah ibu dan bapanya.
Menurut Amyra Rosli atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, meskipun sudah membuat pembayaran lebih RM200,000 namun, projek tersebut itu dikatakan masih lagi terbengkalai dan lebih teruk bangunan rumah tersebut juga dikatakan telah rosak.
“Saya gunakan khidmat interior designer dari sebuah syarikat ***** ini kononnya dapat memudahkan dan mencantikkan rumah mama ayah saya.
“Selepas membuat bayaran sebanyak RM240,000 ++ dan hampir setahun kami menunggu serta sabar dengan segala alasan dari mereka, inilah hasil yang saya dapat.
“Semakin rosak bangunan rumah mama ayah. Banyak juga saya dengar ramai yang terkena dengan diorang. Ambil project banyak-banyak and then terbengkalai,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon Amar Baharin itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Menerusi posting yang sama, Amyra turut berkongsi keadaan terkini rumah ibu bapanya itu.
Kongsinya ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, meskipun dugaan ini amat berat, namun dia tetap tidak patah semangat bagi memastikan projek rumah tersebut siap seperti yang diharapkan.
“Astaghafirullahazim, berani betul korang aniaya orang dekat dunia ni. Tak mengapalah, kita serahkan semua pada Allah. Itu yang terbaik saya rasa. Dunia ni pun dah tenat, tak lama dah pun korang boleh “kencing” orang sana sini.
“And now i have to start balik from scratch dek kerana penipuan-penipuan mereka. Sedih but Alhamdulillah, mungkin ujian ini ada hikmah disebaliknya.
“P/s: Dear Mama and Ayah, kakak akan usahakan secepat mungkin untuk siapkan balik rumah mama ayah ni. Kita sama-sama kuat dan sabar okay. Insyaallah insyaallah Allah mudahkan urusan kita,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa geram selain turut menasihati Amyra agar membawa perkara ini ke muka pengadilan.
“Ya Allah. Geramnya dengan orang macam ni. Sabar ye Amyra.
“Please reveal nama company tu. Takut kita or keluarga terkena juga.
“Allahuakbar. Its okay dear. Ada rezeki lebih baik yang Allah dah sediakan untuk awak dan keluarga.
“Submit aduan di tribunal sis.
“Boleh saman dan reveal je nama company ni,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, video tersebut telah pun meraih lebih 300,000 jumlah tontonan setakat ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Amyra Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Wanita yang dikaitkan dengan pergolakan rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi, 29, iaitu Athira Yuhada memohon maaf kepada isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri dan dua anak mereka, Humairah dan Umar.
Perkara itu dikongsikan Athira menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, awal malam tadi.
“Assalamualaikum, saya Athira Yuhada. Saya memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar dengan seikhlas hati.
“Apa yang saya lakukan ini mementingkan diri sendiri. Selepas Hafidz cuba menghubungi saya sejak sembilan tahun lalu, saya cuba sehabis baik untuk mengelak banyak kali.
“Namun, akhirnya perkara ini berlaku susulan mengetahui keadaan kesihatan mentalnya yang membuatkan saya simpati dan ingin menyokong apa yang dilaluinya.
“Saya akui saya insan yang lemah dan bodoh apabila hanyut dalam situasi ini,” tulis Athira.
Wanita tersebut bagaimanapun menegaskan hubungannya dengan pelakon tersebut sudah lama berakhir.
“Saya sudah lama tidak berhubung dengan dia dan tidak akan berlaku lagi. Saya dengan rendah diri ingin sekali lagi memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar,” luahnya lagi.
Hantaran serupa turut dikongsikan di Insta Story.
Terdahulu, identiti wanita yang dipercayai ada kaitan dengan situasi rumah tangga Hafidz terbongkar menerusi satu hantaran yang tular di media sosial.
Hantaran tersebut memaparkan tangkap layar finalis Hero Remaja sezaman Fattah Amin itu berbalas mesej dengan wanita menerusi WhatsApp yang turut terpapar sekeping foto wanita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...