Isu Vida, Iqbal: “Saya Boleh Je Spill The Tea Kenapa Tak Nak Mama Kahwin, Tapi Kalau Cakap…,” – Cik B Tetap Dengan Pendirian

Share

Penyanyi dan pelakon, Cik B tetap dengan pendirian berhubung rancangan perkahwinan ibunya, Datuk Seri Vida bersama usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 16, dia punya alasan tersendiri mengapa berbuat demikian.

Perkara tersebut dijelaskan Cik B selepas ditanya menerusi Ask Me Question di Instagram, pada Jumaat.

“Cik b tk ksiankn mama, mama jga smua org, tpi tkde yg jaga mama, mama tu sunyi tpi dia diam,” soalan yang ajukan kepada Cik B.

“Saya boleh je spill the tea kenapa saya taknak mama kawin. But kalau saya ckp, boleh jatuhkan semua org termasuk mama so better saya diam. Cukup org tahu saya tetap dgn pendirian saya, tu je,” jawabnya.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan faktor perbezaan usia antara ibu dan bekas pembantu peribadinya itu menjadi persoalan sekiranya ibunya benar-benar berhasrat untuk berkahwin lagi.

IKLAN