Penyanyi dan pelakon, Cik B tetap dengan pendirian berhubung rancangan perkahwinan ibunya, Datuk Seri Vida bersama usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 16, dia punya alasan tersendiri mengapa berbuat demikian.
Perkara tersebut dijelaskan Cik B selepas ditanya menerusi Ask Me Question di Instagram, pada Jumaat.
Ads
Ads
“Cik b tk ksiankn mama, mama jga smua org, tpi tkde yg jaga mama, mama tu sunyi tpi dia diam,” soalan yang ajukan kepada Cik B.
“Saya boleh je spill the tea kenapa saya taknak mama kawin. But kalau saya ckp, boleh jatuhkan semua org termasuk mama so better saya diam. Cukup org tahu saya tetap dgn pendirian saya, tu je,” jawabnya.
Ads
Terdahulu, media sebelum ini melaporkan faktor perbezaan usia antara ibu dan bekas pembantu peribadinya itu menjadi persoalan sekiranya ibunya benar-benar berhasrat untuk berkahwin lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang media sosial dan pelakon, Safwan Nazri reda selepas diuji apabila salah satu cawangan kedainya terlibat kebakaran di Podium, Sungai Penchala, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selepas lebih kurang empat bulan perniagaannya dihentikan operasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bintang Hero Remaja 2017 itu difahamkan telah memulakan perniagaan francais Ayo Fried Chicken itu kira-kira dua tahun lalu.
Safwan kini sudah mempunyai enam cawangan francais berkenaan termasuk di Lembah Klang serta di bahagian Utara seperti Kedah dan Perak.
Meski mengakui perniagaannya sedikit terjejas akibat PKP), Safwan menyifatkan apa yang berlaku sebagai ujian.
“Baru sahaja nak mulakan semula operasi perniagaan di cawangan Podium KL, saya telah menerima khabar duka cita apabila pekerja kami menelefon memberitahu bahawa berlakunya kebakaran di kedai kami.
“Pada mulanya saya terkejut dan panik kerana ingatkan satu Podium terbakar, tetapi Alhamdulillah api berjaya dipadamkan segera dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,” katanya memetik Remaja.
Safwan pada masa turut berkongsi anggaran kerugian ekoran musibah yang menimpa.
“Saya juga tidak dapat memastikan lagi berapa kerugian yang ditanggung kerana belum sempat untuk melihat secara keseluruhannya. Tetapi dianggarkan lebih kurang RM5,000 hingga RM6,000 jugalah.
“Apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana tidak ada yang cedera dan masih ada peralatan berniaga yang boleh digunakan lagi.
“Saya anggap ini sebagai ujian yang diberikan oleh Allah SWT dan reda dengan ketentuanNya. Mungkin ada rezeki yang lebih baik Dia akan berikan pada saya nanti,” katanya lagi.
Sementara itu, Safwan turut memuat naik sepotong video yang merakamkan situasi sekitar kejadian di Instgram.
“Ya Allah Baru nak start berniaga balik selepas 4 bulan tutup sebab PKP, Dugaan apa ini Ya Allah.
”Minta Maaf semua, hanya @ayofriedchicken_ Terpaksa Tutup buat sementara waktu di Podium, Harap semuanya dipermudahkan insyaallah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sedutan tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 50,000 kali.
Sumber, Foto: Majalah Remaja, Instagram Safwan Nazri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, menyatakan rasa rindunya untuk kembali mendalami ilmu agama bersama jemaah tabligh seperti yang pernah disertainya sebelum ini.
Menurut Aliff, dia berharap agar Allah SWT dapat memberikannya kesempatan untuk terus mengejar ilmu dan berdakwah dijalan-Nya sehingga akhir hayatnya.
“Rindu suasana ni, semoga Allah izinkan dan memilih lagi untuk keluar dijalanNya lagi dan lagi, hingga kami tiada lagi. Kami belajar-belajar korban dijalanMu Ya Allah.
“Dengan harapan Kau pandanglah kami dengan pandangan rahmat dan kasih sayangMu. Allahuma Ameen,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh suami kepada pelakon, Bella Astillah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi entri yang sama, Aliff dilihat turut berkongsi foto sewaktu dia menyertai aktiviti dakwah bersama jemaah tabligh.
Antara yang turut sama menyertai aktiviti bersama jemaah tabligh itu termasuklah rakan artis, Zahiril Adzim.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan agar usahanya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT akan sentiasa dipermudahkan.
“Allah has a plan for your life. You search for a light clearly and that’s light is hidayah.
“Amin, hidayah itu adalah rezeki yang sangat berharga.
“Syukur Alhamdulillah untuk Aliff dan para sahabat. Teruskan berjihad di jalan Allah swt.
“Sepagi dan sepetang di jalan Allah lebih baik dari dunia dan seisinya,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Baru-baru ini, kisah penghijrahan Aliff mendapat tumpuan ramai pihak selepas dia berkongsi mengenai perkara tersebut di sebuah sesi siaran langsung yang dianjurkan di laman Facebook rakan artis, Saharul Ridzwan.
Menurut Aliff, kisah penghijrahannya itu bermula selepas dia melihat Instagram TV pengacara dan penyampai radio popular, Faizal Ismail atau FBI yang turut melakukan perkara sama sebelum itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular, Haqiem Rusli seakan-akan memberi bayangan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Memetik laporan Kosmo Online, Haqiem memaklumkan segala persiapan untuk bergelar raja sehari difahamkan telah berjalan lancar dan dia kini hanya menantikan tarikh dan kebenaran daripada pihak jabatan agama.
“Ya saya sudah pun menjalani kursus kahwin, sudah menjalani ujian saringan HIV (human immunodeficiency virus) dan melengkapkan segala borang yang diperlukan.
“Hanya tunggu masa hendak ke pejabat agama sahaja,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Mimpi ini turut merancang untuk mengadakan sebuah majlis berskala kecil bersempena pernikahannya itu namun, segalanya bergantung kepada keadaan semasa.
“Saya memang merancang untuk membuat majlis resepsi secara kecil-kecilan. Tapi tidak tahu lagi sama ada dibenarkan atau tidak. Harap-harap kes turun (jangkitan Covid-19),” ujarnya.
Dikesempatan itu juga, pemenang anugerah Bintang Paling Popular 2020 itu turut mendedahkan dirinya telah pun menulis dan mencipta sebuah lagu m istimewa yang ditujukan khas buat bakal isterinya nanti.
“Saya ada menggubah sebuah lagu baharu untuk bakal isteri berjudul Hitam Saksi Putih.
“Secara metaforanya, lagu ini ditulis mengenai diri saya sendiri yang melakukan banyak kesalahan (hitam) dan telah ‘diputihkan’ oleh bakal isteri,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, sehingga kini, Haqiem difahamkan masih lagi belum mendedahkan mengenai gerangan gadis yang bakal dinikahinya itu kepada umum.
Tegas Haqiem, dia hanya akan berbuat demikian menjelang hari pernikahannya nanti.
Terdahulu, Haqiem telah pun mengejutkan banyak pihak selepas mendedahkan dia bakal menamatkan zaman bujangnya bersama wanita pilihan hatinya pada akhir tahun ini.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu sesi Instagram live yang berlangsung pada Mei lalu.
Sumber: Instagram Haqiem Rusli & Kosmo Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...