Isu Tempelak DSV, 2 Tahun Sebenarnya Nabil Minta Hutang Dan Jumlahnya Cecah RM30,000

Share

Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad telah ‘membuka mulut’ isu berhubung hutang tertunggak dengan usahawan kosmetik terkenal.

Menurut sumber dari BH Online, Nabil berusaha untuk meminta usahawan itu membayar hutangnya bernilai ribuan ringgit, namun tidak diendahkannya.

“Sudah dua tahun sebenarnya saya berusaha meminta dia membayar hutang berjumlah RM30,000, namun tidak diendahkan olehnya,” katanya.

Bagaimanapun, Nabil enggan memanjangkan isu tersebut.

“Saya enggan lagi memanjangkan perkara ini kerana bagi saya, urusan kami sudah selesai. Selebihnya adalah (urusan) antara dirinya dengan Tuhan,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, isu hutang berkenaan dibangkitkan Nabil selepas usahawan itu mendakwa Nabil dan Jihan, selaku pengacara program realiti tidak menegurnya ketika dia menghadiri konsert tersebut pada Ahad lalu.

IKLAN