Gara-gara terlalu berani memuat naik gambar seksi ketika bercuti hingga hampir menampakkan punggung, Tasha Shila telah tampil memberi penjelasan tentang isu tersebut.

Melalui Berita Harian Online, Tasha memberitahu dirinya agak kecewa dan sedih apabila dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.

Katanya dia juga masih ada maruah diri dan hanya ingin cuba menjadi diri sendiri.

BACA: 

‘Bangga Ye Tunjuk Gambar Macam Tu?’ Netizen Kecam Tasha Shilla Muat Naik Gambar Hampir Nampak Punggung

IKLAN

Tasha meminta orang ramai untu memberinya sedikit masa untuk berubah dan memohon agar orang ramai tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman hanya kerana dia suka tampil dengan pakaian yang agak seksi.

Tambahnya, Mungkin jika dahulu dia memang suka mencetuskan kontroversi bagaimanapun dia tidak mahu berkelakuan hipokrit.

“Saya tidak mahu melakukannya hanya kerana takut dengan umpat keji manusia sedangkan hati tidak ikhlas. Berikan saya masa kerana saya juga ingin berubah. Jangan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman hanya kerana saya suka tampil seksi

 

“Mungkin dulu saya suka mencetuskan kontroversi, tetapi saya juga ada maruah dan harga diri. Saya bukan manusia hipokrit dan hanya mahu menjadi diri sendiri. Saya tidak rasa pakaian yang digayakan itu keterlaluan seolah-olah sengaja mencari perhatian umum,” jelasnya.

Bagaimanapun Tasha memberitahu gambar tersebut diambil ketika bercuti bersama ahli keluarganya dan mereka semua tahu tentang cara pemakaiannya yang selesa.

IKLAN

“Bagi yang mengenali, mereka tahu cara pemakaian yang saya selesa. Gambar itu diambil ketika saya bersama ibu dan adik bercuti di Pulau Langkawi dan Koh Lipe, Thailand. Saya tidak boleh elak dikecam netizen,” jelasnya lagi.

Isu Tangkap Gambar Hampir Nampak Punggung, Tasha Shila Buka Mulut

Isu Tangkap Gambar Hampir Nampak Punggung, Tasha Shila Buka Mulut

IKLAN

Isu Tangkap Gambar Hampir Nampak Punggung, Tasha Shila Buka Mulut

Isu Tangkap Gambar Hampir Nampak Punggung, Tasha Shila Buka Mulut

Isu Tangkap Gambar Hampir Nampak Punggung, Tasha Shila Buka Mulut

SUMBER: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI