‘Bangga Ye Tunjuk Gambar Macam Tu?’ Netizen Kecam Tasha Shilla Muat Naik Gambar Hampir Nampak Punggung

Lama rasanya kami tak dengar nama pelakon jelita Tasha Shilla ini. Ya, tidak dinafikan orangnya sungguh lawa dan seksi sehingga ada yang menganggapnya sebagai ikon fesyen yang boleh dijadikan sebagai ‘buku rujukan’.

Namun baru-baru ini namanya naik semula kerana netizen melepaskan kemarahan serta menegur tindakan pelakon berbibir nipis ini memuat naik sekeping gambar di kawasan laut yang dikatakan agak seksi.

Bukan sahaja mendedahkan bahunya, malah pelakon itu dikecam teruk akibat seluar pendek yang dipakainya yang hampir menampakan punggungnya.

I need my vitamin sea.Time for sun bathing?

A post shared by Tashashilla RR. (@tashashilla) on

Kebanyakan netizen mengingatkan Tasha tentang hukum dan marah dengan tindakkannya yang dikatakan tidak segan silu untuk berkongsi gambar seperti itu terutamanya apabila dirinya itu sering dijadikan contoh dan public figure.

Malah ada yang beranggapan Tasha terlalu mengikut budaya barat hingga lupa batasan agama dan budaya kita.

IKLAN

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang beranggapan ini adalah salah satu cara Tasha untuk meraih semula populiriti…

Walaubagaimanapun, ramai yang meminta Tasha untuk menutup ruangan komen agar tidak ada kata-kata yang terlalu menyakitkan hati di tinggalkan.

Sehingga kini Tasha langsung tidak memberikan apa-apa kenyataan atau menjawab segala komen yang diberi mengenai isu ini.

Sebelum itu #MHBelanjaGambar terbaik Tasha Shilla

 

IKLAN