Kecoh di media sosial semalam berhubung isu penyanyi remaja popular, Aiman Tino ditampar oleh pelakon senior, Fazlina Ahmad Daud ketika di set penggambaran.

Seperti yang MH kongsikan semalam, Aiman berkata Fazlina menamparnya untuk membantu dirinya menjiwai watak malah dia berterima kasih kepada pelakon tersebut kerana membantunya.

Namun begitu ada segelintir peminat Aiman yang mengecam tindakan Fazlina itu kerana menampar artis kesayangan mereka.

Menurut laporan daripada Harian Metro, Fazlina berkata dia kecewa kerana ramai yang mengecam dirinya sedangkan mereka tidak tahu situasi yang sebenar malah hal itu telah memberi kesan terhadap emosi keluarganya terutama anak-anaknya.

IKLAN

“Saya bukan lempang Aiman sewaktu ambil ‘mood’ dan saya tidak ajar dia berlakon. Sebaliknya apa berlaku adalah dalam rakaman babak.

 

“Itupun saya buat guna teknik memandangkan dia sudah tidak punya ‘tenaga’ untuk mengeluarkan perasaan sepatutnya,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya lagi, babak tersebut hanya boleh dilakukan sekali sahaja kerana prop gitar yang hendak dipecahkan hanya ada satu sahaja.

“Situasinya? Berjaya atau gagal. Dua kamera digunakan pakai tangan dan bukan tripod. Bayangkan betapa susahnya babak dilaksanakan dan saya harus memastikan ia berjaya. Saya harus jaga dialog saya dan Aiman, begitu juga perasaan yang harus dizahirkan.

 

“Sebagai orang baru saya tidak boleh bergantung kepada Aiman untuk jaga ‘blocking’. Saya harus berfikir pantas. Saya guna teknik sentuh pipi dan tolak muka untuk babak lempang itu. Bunyi datang dari paha yang saya tepuk memang buat dia terkejut,” katanya.

Tambah pelakon senior ini lagi, setelah selesai babak yang dilakonkan dia telah membantu Aiman untuk memahami dan memohon maaf terhadap penyanyi itu.

IKLAN

Malah Aiman juga katanya, berterima kasih kerana dia tidak menyangka tindakan Fazlina itu mampu membuat dia menjiwai watak sehingga menangis.

IKLAN

Dalam pada itu, menurut sumber juga dikhabarkan bahawa pihak pengurusan Aiman telah meluahkan rasa kurang berpuas hati berhubung isu Aiman ditampar.

Rentetan dari hal itu Fazlina berkata, jika pihak pengurusan tidak berpuas hati dan mahu membuat laoran polis, dia menyerahkan sepenuhnya kepada mereka.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI