“Kalau dari awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara ini. Saya akui dan sedar kesilapan saya”

Itulah antara kata-kata yang dikeluarkan oleh individu pertama yang berkongsi wajah anak kesayangan Datuk Seri Siti Nurhaliza di media sosial.

Rasa sebersalah dan tidak mahu mengeruhkan keadaan, Wan Noor Akmal Wan Yusof atau lebih dikenali sebagai Wann Arianna di Facebook memberitahu dia ingin berjumpa dengan ahli keluarga Siti untuk meminta maaf dan menjelaskan perkara sebenar.

Isu Sebar Gambar: Jurusolek Sambilan Mohon Maaf Pada Semua Rakyat Malaysia & Ingin Jumpa Tok Ti

IKLAN

Memetik kata-kata daripada Jurusolek sambilan yang telah menimbulkan kemarahan dikalangan pengikut Siti ini memberitahu kepada Sinar Harian Online sebenarnya dia berniat untuk berkongsi kegembiraan dan tidak menyangka status tersebut mengundang kemarahan orang ramai.

IKLAN

Dalam pada itu, Wan turut meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan akui tidak sengaja untuk menyakiti pihak Siti.

IKLAN

MH difahamkan, Wan mendapat gambar bayi dan beberapa video tersebut di dalam aplikasi Whatsapp dan tidak sangka ia perlu dirahsiakan sehingga masa yang sesuai.

SUMBER: Sinar Harian Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI