Isu Nama Sejadah, Datuk Seri Vida Akui Terima Banyak Kecaman; “Dicop Penunggang Agama, Dipersalahkan Erti Sebab…”

Share

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida mendedahkan dia mendapat banyak kecaman dari warganet gara-gara mempromosikan sejarah keluarannya yang diinspirasi Makkah baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Vida turut memuat naik beberapa artikel berkaitan berkenaan ‘Sejadah Makbul Doa’ yang diinspirasikan daripada kerinduannya terhadap Kaabah, Hajarul Aswad serta Tanah Suci Makkah itu.

“Dicop penunggang agama. Dipersalahkan erti sebab saya jual sejadah baldu yang diberi nama ‘SEJADAH DOA MAKBUL.’

“Saya mendapat banyak kecaman dari warganet & netizen tapi ALHAMDULILLAH MASIH ADA YANG BERSAMA SAYA. Terima Kasih,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan, video yang sudah pun mendapat lebih 100,000 kali itu mendapat reaksi pelbagai warganet.

Terdahulu, sejadah keluaran penyanyi lagu I Am Me itu telah mendapat kritikan khasnya di Twitter kerana ia didakwa memberi persepsi yang dianggap kurang sesuai selain ada menyifatkan tindakan tersebut sebagai salah satu ‘marketing’ menggunakan agama.

IKLAN