Nampaknya isu Nabila Razali ingin ditumbuk peminat kerana menyanyi di dalam kereta api dibangkitkan sekali lagi.

MH telah mendapatkan penjelasan daripada Nabila sendiri tentang isu ini.

Menurutnya sebenarnya tujuannya untuk menyanyi di hadapan orang ramai bukanlah sekadar suka-suka berniat untuk membuat bising, sebaliknya hanya menjalankan tanggangjawabnya sebagai seorang penyanyi dan di minta untuk menghiburkan orang ramai di sepanjang perjalanan MRT tersebut.

IKLAN

“Sebenarnya sewaktu itu saya dan Naim Daniel ada melakukan aktiviti busking untuk promosikan program Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32). Saya merupakan salah seorang jemputan khas dari pihak TV3 untuk nyanyikan lagu-lagu finalis AJL secara mash-up.

 

“Kami mulakan perjalanan dari MRT Sungai Buloh bermula jam 11 pagi sehingga MRT Bukit Bintang,” jawab Nabila apabila ditanya apakah motif dirinya nanyi di dalam kereta api.

Jelas Nabila lagi dia tidak menolak kemungkinan besar orang di luar sana tidak faham apa yang sedang dilakukannya kerana itu perkara seperti ini berlaku.

IKLAN

“Sebenarnya saya bukanlah menyanyi suka-suka sebaliknya perlu melakukan kerja saya kerana dipanggil khas oleh pihak TV3 untuk lakukan promosi ini dan perlu menyanyi secara busking .

 

“Mungkin orang yang memberi komen tidak sepatutnya mereka tidak tahu dan faham mengapa Nabila lakukan perkara seperti ini.

Menurut Nabila lagi dia langsung tidak ambil pusing sekirannya orang ramai hanya memberi kritikan atau komen negatif, namun apabila ada yang mula berkata ingin memukul hingga buat dirinya rasa tidak selamat, Nabila meminta orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan seperti itu di sosial media.

Isu Ingin Tumbuk Nabila Razali, Ini Respon Penyanyi Pematah Hati!

IKLAN

“Tujuan saya retweet bukanlah untuk mencari publisiti tetapi hanya sekadar peringatan kepada orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya mengguakan media sosial sebagai tempat mereka meluahkan perasaan.

 

“Patutnya cuba fahamkan dahulu mengapa saya ke sana dan lakukanperkara seperti itu. Cuma itulah, kadang-kadang ada sesetengah individu akan berpura-pura seperti tahu segalanya dan muat naik ke media sosial untuk terus menghentam,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun Nabila enggan mengambil pusing tentang perkara ini dan mengharapkan orang ramai untuk lebih peka dengan apa yang terjadi.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI