Isu Foto Spender Versace: Peminat Minta Aliff Syukri ‘Payung’ Cara Pakai, Tak Pernah Tengok Cara Lelaki Pakai Seluar Dalam!

Share

Selepas kecoh kerana memuat naik foto mengenai keterbukaannya dalam memilih seluar dalam jenama mewah di Instagram, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menerima pelbagai komen dari peminat termasuk rakan selebriti.

Malah ibu serta kakaknya juga turut memberikan respon.

Masing-masing memberikan pandangan terhadap perkongsian tersebut. Mendapat hampir 8,000 komen setakat ini, entri berkenaan juga menjadi ‘medan’ buat pengguna media sosial lainnya untuk meninggalkan komen berunsur humor dan nakal.

Antara komen yang menarik perhatian MH ialah ada di antara mereka yang meminta penyanyi Abang Nak Tegur itu supaya berkongsi pula caranya dalam memakai seluar dalam!

Aduhai macam-macam komen tang diberikan…

Foto: Instagram Aliff Syukri

IKLAN