Seperti yang kita semua tahu baru-baru ini Iqram telah dikecam sekali lagi kerana isu menggelarkan Nabi Muhammad S.A.W dengan panggilan ‘Che Mat’.

Namun menerusi live FB di Sinar Harian baru-baru ini, Iqram telah memohon maaf kepada semua orang terutamanya netizen kerana kesilapannya yang memendekan nama Nabi.

Murut Iqram kerana terlalu kelam kabut dan agak terburu-buru fikirannya terganggu, oleh kerana itu jika perasan selepas menyebut perkataan Che Mat, Iqram segera memperbetulkan sebutan dengan nama penuh Nabi Muhammad S.A.W.

IKLAN

“Bila bercakap bukanlah saya tidak fikir, tetapi bila fikir balik saya tidaklah kurang ajar di situ, saya hanya menjelaskan apa yang orang mahu tahu tentang saya.

 

“Cuma bila saya terkeluar Che Mat saya segera sebut Nabi Muhammad S.A.W. Saya rasa di situ, saya dah perbetulkan.

 

“Kalau saya cakap nama sambil ketawa mungkin itu kurang ajar, cuma saya mintak maaf jika apa yang satya tersasul cakap itu membuatkan kontroversi ataupun menimbulkan persepsi negatif.

 

“Terus terang saya bukan mahu perlekehkan Nabi, saya sendiri dah ke Makkah 2 kali setiap kali bila berada di makam Nabi saya akan sebak dan sayu. Malah saya juga ada sahaja membaca kisah Nabi Muhammad S.A.W, memang susah dan tak mungkin kita akan jadi sepertinya,” katanya kepada Sinar Harian.

Iqram beberapa kali menegaskan dia langsung tidak berniat untuk menghina atau perelekehkan nama Nabi seperti yang diperkatakan.

Malah, Iqram turut akui agak terkejut dengan respon daripada Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary yang secara tiba-tiba menegurnya dengan cara tersebut.

IKLAN

“Yang si dia buat macam buat saya terfikir, kalau nak buat betul-betul kepada adab dan adat resam jumpalah.

 

“Macam mufti ada sebab, saya tak mahu berjumpa ada sebab. Saya mahu kembalikan semangat mama.

 

“Di sini saya juga dapat satu pengajaran hidup, buatlah satu kesalahan habis rosak susu sebelanga.

 

“Saya minta maaf atas khilaf yang terjadi. Insyaallah saya sendiri tiada masalah jika ada orang mengatakan saya gila kerana saya reverse kan semula kata gila itu,” jelasnya dengan tenang.

IKLAN

Anda tanya, Iqram Dinzly jawab!

Anda tanya, Iqram Dinzly jawab!Terima kasih doakan saya…

Posted by Sinar Harian on Sunday, 7 January 2018

 

Sumber Video: Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI