Kemelut rumah tangga yang dilalui hingga berlakunya perceraian bersama isteri pada Februari tahun lalu membuatkan Daus Eli berasa depresi.
Ditambah pula apabila netizen tidak berhenti melemparkan pelbagai kata-kata nista seolah-olah mengetahui apa yang berlaku di sebalik kehidupan perkahwinan yang dibina sejak 2013 itu.
Lalu Daus yang juga bekas bintang Akademi Fantasia 8 (AF8) berkata, disebabkan tidak sanggup lagi berdepan dengan persepsi negatif segelintir pihak, dia pernah berasa seperti tidak mahu lagi hidup di dunia ini.
“Saya tak minta pun semua ini terjadi pada diri saya. Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT. Ketika saya berada dalam depresi, pernah terdetik tak nak hidup lagi di dunia ini.
“Tapi, saya bersyukur ada ibu bapa, adik beradik dan keluarga yang memberi sokongan. Malah, disebabkan semangat yang diberikan mereka membuatkan saya bangkit semula untuk meneruskan kerjaya dalam bidang muzik.”
“Apatah lagi minat dalam muzik tak pernah lupus. Alhamdulillah, sekarang saya sudah 10 tahun dalam industri,” katanya.
Ads
Enggan lagi menoleh ke belakang, Daus atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli muncul dengan single berjudul Takdir Kita.
Single terbitan syarikat rakaman Nova Music yang dilancarkan pada 28 Ogos lalu itu merupakan ciptaan sepenuhnya bintang ini.
Menurutnya, lagu tersebut merupakan luahan isi hatinya mengenai apa yang dilalui sepanjang hampir dua tahun bergelut dalam masalah rumah tangga bersama bekas isteri, Syaza Shamimi Jalaludin Khan.
“Lagu ini mengenai lelaki yang mengharapkan sesuatu daripada wanita yang pernah dicintai suatu ketika dahulu. Sebenarnya, lagu ini berkaitan dengan bekas isteri saya. Ia dibuat dua tahun lepas sebelum saya bercerai.”
“Ketika itu saya sudah depresi, tak ada semangat dan kecewa. Jadi, saya buat lagu ini mengikut ‘mood’ ketika itu. Sewaktu melancarkan single ketiga, kami masih lagi bahagia.
Ads
“Cuma dalam tempoh dua tahun itu sudah ada masalah sikit. Isu cerai tak habis lagi, netizen pula hentam kononnya saya ceraikan isteri semasa dalam pantang. Jadi berlakulah konflik.”
“Lagu ini memang dibuat untuk dia. Tapi jodoh kami tak lama. Bagi saya, sekarang ini reda saja atas ketentuan Allah.
“Apa saja berlaku, janji saya tak lupa anak-anak. Pendek kata lagu ini, luahan hati saya,” katanya yang turut mencari sumber rezeki dengan berbisnes.
Ads
Menariknya, lagu tersebut juga turut dipilih menjadi lagu tema bagi drama Aku Yang Kau Gelar Isteri yang bakal ditayangkan di slot Samarinda, TV3 tidak lama lagi.
Drama terbitan Tanah Beris Film Production itu menampilkan barisan pelakon seperti Nelydia Senrose, Nadia Brian, Atiq Azman dan Raja Afiq.
“Alhamdulillah, ini satu pencapaian tersendiri buat lagu ini. Bukan mudah sebenarnya sesebuah lagu itu dipilih menjadilagu tema drama. Saya anggap ia rezeki dan promosi buat lagu ini.
“Diharap, lagu ini akan dapat pergi lebih jauh lagi. Sudah semestinya saya juga meletakkan harapan untuk melihat laguini berjaya macam lagu orang lain.
“Apabila drama ini ditayangkan kelak, penonton akan dapat mendengar dan menghayati bait-bait dan mesej yang ingindisampaikan pada lirik lagu ini,” katanya panjang lebar,
Takdir kita jga kini sudah boleh distrim menerusi semua platform muzikdigital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KK Box, YouTube Music dan iTunes.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terselamat daripada tersingkir meskipun berada di tangga tercorot, kumpulan COEX mahu memanfaatkan peluang ini untuk kembali bangkit seterusnya menampilkan persembahan terbaik pada konsert Big Stage 2023 minggu hadapan.
Menurut salah seorang anggotanya, Mikaela Qistina, COEX mahu buktikan kepada para juri dan penonton bahawa mereka juga mampu menjadi antara pencabar untuk pertandingan ini.
“Pertama sekali, kami sangat bersyukur kerana diberikan satu lagi peluang untuk membuktikan yang kami ini mampu meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini.
“Pada masa sama, kami hargai setiap komen daripada juri Ajai, Aina Abdul dan Datuk Ramli MS. Ia membuatkan kami lebih bersemangat untuk mencabar kemampuan diri.
“Kami sudah diberikan peluang dan kami berjanji akan buat yang terbaik pada minggu hadapan,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Mikaela juga menafikan dakwaan kumpulan mereka keras kepala atau tidak mendengarkan apa yang dinasihatkan para juri sebelum ini.
“Kami hanya mahu terus mengikut apa yang telah dirancang untuk persembahan minggu ini. Sebenarnya, kami sudah pun mengguna pakai nasihat-nasihat yang telah diberikan juri sebelum ini.
“Cuma ketika ini, kami tak biasa lagi sebab kumpulan kami masih baru dan perlukan masa untuk biasakan diri dengan teknik-teknik nyanyian berkumpulan.
“Semoga minggu hadapan kami dapat buktikan kepada para juri yang COEX mampu mencapai piawaian yang mereka mahukan,” ujarnya lagi.
Kumpulan COEX ditemui selepas berakhirnya konsert minggu ke-5 Big Stage 2023 yang berlangsung di Auditorum Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Ditanya mengenai respon COEX terhadap kritikan netizen yang mempersoalkan mengapa mereka masih bertahan di program ini meskipun sudah dua minggu menampilkan persembahan kurang meyakinkan, ini jawab seorang lagi anggotanya Dalini;
“Kami ini jenis yang tak baca komen netizen sangat kerana kami bimbang ia akan memberikan kesan terhadap kesihatan mental kami.
“Kami hanya baca komen yang bagus manakala yang sebaliknya pula, kami ketepikan sahaja.
“Kami bertuah kerana kami ini berkumpulan. Bila ada perkara tak baik berlaku atau yang boleh menjejaskan kesihatan mental kami, kami ada satu sama lain,” kongsinya.
Sementara itu, Amy Loh pula memaklumkan COEX sebenarnya mempunyai hajat untuk mempersembahkan lagu debut mereka andai berjaya melangkah ke konsert akhir.
“Kalau ada rezeki, kami memang ingin bergelar juara. Namun, kalau dapat melangkah ke konser akhir pun, itu sudah cukup.
“Kami mempunyai impian untuk mempersembahkan lagu debut kami di konsert akhir. Segalanya sudah siap dan kini tunggu untuk pelancaran sahaja,” ujarnya.
Terdahulu, COEX berada di tangga tercorot bersama dua lagi peserta iaitu Firdaus Rahmat dan Farhan Shah.
Kesemua peserta harus meyakinkan para juri pada minggu hadapan menerusi konsert yang bertemakan ‘wow wow what next’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ben Amir yang turut menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland arahan Rahila Ali awal Mac lalu disahkan negatif Covid-19.
Memetik Harian Metro, finalis Hero Remaja sezaman Fattah Amin itu mejelaskan dia pulang beberapa hari lebih awal iaitu pada 27 Mac lalu berbanding kru dan pelakon lain yang pulang ke tanah air pada 31 Mac lalu.
“Sekembali di sini, saya melakukan kuarantin diri di rumah. Saya kemudian membuat pemeriksaan di sebuah pusat perubatan di Damansara dan keesokannya saya disahkan negatif wabak itu.
“Alhamdulillah setakat ini keadaan saya baik-baik saja. Tiada sebarang gejala dijangkiti wabak ini selepas pulang ke tanah air beberapa hari lebih awal pada 27 Mac lalu,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, pengarah drama berkenaan, Rahila Ali dan salah seorang pelakon drama itu, Puteri Aishah disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Scotland pada 31 Mac lalu.
Turut positif dilaporkan positif ialah salah-seorang kru penggambaran drama terbabit.
Sementara itu, Ben turut merakamkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa rakan pelakon, Puteri Aishah, Rahila dan kru terbabit.
Ben juga memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai kru lain yang turut positif wabak itu.
“Perkara ini sangat sensitif untuk saya kongsikan kerana bimbang timbul spekulasi tidak betul.
“Apapun doakan semoga kita kuat menghadapi ujian ini dan dijauhkan daripada wabak ini,” jelas Ben.
Selain Ben dan Puteri, antara pelakon lain yang turut menyertai rombongan itu ialah Ashraf Muslim, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa.
Drama Demi adalah diadaptasi daripada novel yang diterbitkan 26 episod bagi siaran RTM.
Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Ben Amir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Walaupun masih belum mengerti apabila insan bergelar bapa sudah pergi mengadap Ilahi, namun anak kepada arwah Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey atau lebih mesra disapa Hamzah kerap kali menunjukkan kerinduannya terhadap arwah bapa.
Menurut isteri Fad Bocey, Syaheera, balu Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali bercerita bahawa Hamzah merindui arwah bapanya dan akan mengucup skrin telefon yang tertera wajah arwah Abam.
Terbaru, ketika kunjungan mereka menjengah Nurhidayah dan Hamzah, anak kecil itu sekali lagi menunjukkan perilaku yang sama menggambarkan akan kerinduannya terhadap arwah bapa.
“Haritu ibu cerita hamzah rindu sgt dgn ayah .mcm cari2 ayah dia .mana la menghilang dri pandangan dia .ibu dia tunjuk gambar tu terus hamzah tarik nk cium2 .ktorang pun cuba la buat malam tu ,tengok2 ya Allah anak.
“Sekecil ni kau dah faham erti rindu .bayangkan lah ktorang yang tengok malam tu rasa apa.
“Ibu dgn hamzah jangan risau ,ramai sayangkan anak kecil ni .ramai yang pedulikan anak kecil ni. moga kasih sayang buat hamzah terus berkekalan,” jelasnya.