Sejak semalam kecoh apabila video, penyampai radio Suria FM Zulin Aziz tidak memakai tudung di rumah keluarga pelakon veteran Normah Damanhuri tersebar di media sosial sehingga dia menerima pelbagai cemuhan.

Zulin juga meminta netizen dan pemilik mana-mana blog hiburan agar segera menghentikan penyebaran foto dan video yang memaparkan dia tidak bertudung.

Zulin berkata sepatutnya video terbabit tidak perlu dimuat naik, bagaimanapun mungkin berlaku kesilapan.

“Video itu diambil ketika saya berkunjung ke rumah kakak pelakon Ahya Rosli malam tadi. Saya sedar video itu diambil tetapi tidak sangka ia dimuat naik di akaun Instagramnya dan dikongsikan kepada umum.” ujarnya ketika dihubungi

 

“Saya harap isu ini tidak diperbesar-besarkan kerana video diambil ketika saya berada dalam rumah. Lagipun ketika saya tidak memakai tudung, Ahya tiada di rumah.

 

“Saya tidak kisah apa orang ingin katakan kerana mereka tidak tahu proses yang saya lalui ini. Berilah saya ruang untuk berubah secara perlahan-lahan.

 

“Saya akui mungkin ramai terkejut dengan apa yang berlaku, tapi bukannya saya tidak mengenakan tudung di luar rumah. Saya bukan pakai tudung main-main,kejap pakai, kejap buka ,” katanya lagi.

Menurut Zulin, penghijrahan ini memerlukan masa dan bukan dilakukan semata-mata mahu mengikut orang.

IKLAN

Isu Buka Tudung : Zulin Aziz Minta Beri Ruang

Zulin juga berharap agar isu video yang memaparkan dia tidak bertudung tidak diperbesar-besarkan dan terus disebar.

IKLAN

Dalam pada itu, Zulin berharap peminat dapat menerima dirinya yang sedang dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik.

IKLAN

Isu Buka Tudung : Zulin Aziz Minta Beri Ruang

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI