Isu Belum Langsai Bayaran Video, Enggan Ulas, Jihan Muse Sudah Memaafkan.

Share

Enggan mengulas lanjut kontroversi yang melanda berhubung kisah bayaran yang dicetuskan oleh seorang juru video, Jihan Muse memberitahu dia tidak mahu kes tersebut berlanjutan. 

Kalau boleh saya tidak mahu buka kes atau bincangkan kes ini langsung. Saya tidak mahu besarkan lagi.

“Ini hanyalah salah faham dan saya sudah memaafkan. Jadi marilah kita teruskan hidup seperti biasa,” ulasnya.

Menurut isteri kepada Ungku Hariz ini, setiap manusia melakukan kesilapan. Jadi ini hanyalah sebahagian kecil ujian yang menimpa dirinya.

Perkara ini kecil sahaja bagi saya. Tidak mengapa, semua orang buat silap. Kesilapan itu adalah kesilapan yang tidak disengajakan oleh kita, manusia biasa. Jadi tiada apa yang perlu diperbesarkan,” katanya kepada MH.

Terdahulu, kontroversi berlaku apabila seorang videografer profesional memuatnaik status yang ditujukan kepada pengacara popular ini mendakwa dia tidak membuat bayaran ke atas video yang diminta.

Individu tersebut bagaimanapun telah membuat permohonan maaf di atas salah faham yang berlaku.

Foto – MH

IKLAN