Isu Baju Ella Seperti Ular Belit, Hatta Dolmat Kasihan dan Rindukan Imej Rock Lama Ella

Semalam sedang MH mmeninjau-ninjau akaun Twitter ternampak pula satu Tweet daripada pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat yang menyatakan tentang imej ratu rock negara, Ella.

Dalam tweet Hatta itu dia berkata fesyen yang digayakan oleh Ella tidak dilihat seperti penyanyi rock sebaliknya dia seperti melihat baju yang dipakai oleh Ella itu seperti ular sawa sedang membelit badan penyanyi itu.

“saya kasihan tengok Ella saya suka imej dulu ella, yang now ni tak faham laa mcm ular sawa belit kak ella pun ada. jgn pelik pelik sgt kak ell. tak rock langsung!,” tulis Hatta.

MH segera melihat akun Instagram milik ratu rock tersebut dan ternyata ada juga segelintir pihak yang bersetuju dengan Hatta di mana imej fesyen yang digayakan oleh Ella ini seperti tidak bersesuaian untuknya.

A post shared by Ella Aminuddin (@ellaaminuddin) on

IKLAN

Dilihat Hatta juga turut meninggalkan komen tentang imej Ella pada gambar yang dikongsi oleh penyanyi ini.

hattadolmat_: kak ell nak imej rock balik yg ni hatta as fans tak faham, mcm ular sawa belit kak ell..

ezadibrahim: Kak ella i miss ur imej yg dulu2 yg nie ur look to heavy mcm nk bwk baju tu mcm berat sgt mata sy tgk… i miss ur plain shirt with rock style u the one yg boom… plzz dont wear getah rambut kat badan tu..

ezadibrahim: @hattadolmat_ setuju mcm berat sgt

IKLAN

sangpiji: @ezadibrahim ?????????

Mungkin apa yang dikatakan oleh Hatta ini hanya pandangannya sebagai orang yang lebih tahu dan faham tentang fesyen dan dia merasakan imej ini tidak sesuai untuk Ella. Apapun bagi MH Ella tetap cantik dan menawan.

Fesyen yang digayakan oleh Ella ini dipakai ketika persembahannya untuk Ella Live with the MPO, A Rock Queen’ Journey yang berlangsung pada 2 dan 3 Disember yang lalu bertempat di Dewan Filharmonik PETRONAS.

Sumber: Twitter Hatta Dolmat & Instagram Ella