Isu Baby Bump, Fazura Akhirnya Buka Mulut!

Kepada semua peminat-peminat Fattzura, nampaknya korang kena ‘hold’ dulu kegembiraan untuk melihat anak pasangan tersebut.

Pelakon, Fazura menafikan dakwaan bahawa dia sedang hamil apabila apabila sebuah foto yang mengatakan dia kini berbadan dua viral di media sosial

IKLAN

Katanya, penampakan seperti ‘baby bump’ itu adalah disebabkan potongan dan material pakaian yang digayakannya.

“Ia bukan ‘baby bump’, sebaliknya hanya biasan kain yang saya pakai. Mungkin rekaan dan material yang digunakan menampakkan seolah-olah saya sedang hamil.

“Untuk gambaran lebih jelas, boleh lihat sendiri video yang dimuat naik di akaun Instagram kelab peminat saya, @fazbulouswarriors,” ujar Fazura kepada BH Online.

Tambahnya lagi, dia akan berkongsi berita gembira tersebut bersama peminat sekiranya ia menjadi kenyataan.

“Apa pun, saya bersyukur di atas doa anda semua. Insya-Allah, jika ada khabar gembira, pasti akan saya kongsi pada masa paling sesuai,” katanya lagi.

Ini bukanlah kali pertama peminat berspekulasi mengenai kehamilan pelakon dan penyanyi tersebut, sebelum ini juga ada yang mengatakan Fazura mengandung apabila menyebut perkataan ‘mengidam’.

IKLAN

Pasangan Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November lalu dalam satu majlis tertutup.

Sumber: BH Online