Rentetan isu rantai berlian yang didakwa palsu, penyanyi Aishah Ariffin menegaskan akan terus memperjuangkan haknya itu dan sekiranya perlu dia akan menggunakan khidmat nasihat guaman sebagai jalan terakhir.

Keputusan tersebut dibuat selepas keengganan pihak penaja, Datuk Seri Vida bertanggungjawab di atas isu berkenaan.

IKLAN

“Keputusan yang saya buat ini bukan baru. Saya sudah tahu mengenai hal ni selepas dua minggu saya menjuarai program Gegar Vaganza 4 tapi baru sekarang saya bersuara kerana saya ingin memberi mereka ruang untuk menyelesaikan masalah ini.

 

“Kalau saya orang lama ni pun mereka pijak-pijakan, apa yang akan jadi kepada nasib penyanyi baru. Sekarang ini saya ingin memberi pengajaran kepada orang diluar sana supaya tidak sewenangnya menindas para artis.

 

“Ini bukan pertama kali saya memperjuangkan hak saya. Jika perkara ini masih berterusan, saya akan gunakan khidmat nasihat guaman,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Aishah turut mengakui sedikit tertekan dengan kecaman segelintir pihak yang mendakwa dirinya terdesak dan sengaja ingin memburukkan imej usahawan tersebut.

IKLAN

“Semalam saya menangis kerana orang kutuk saya sebagai terdesak. Berapa kali hendak saya bagi tahu, saya pergi ke kedai emas untuk ‘reset’ berlian tersebut untuk dipecahkan kepada beberapa bahagian untuk dijadikan cincin atau gelang,” ujarnya

Langsung ditanya mengenai kenyataan Datuk Seri Vida yang ingin menggantikan rantai tersebut dengan Lavida Coin, ini respon yang diberikan Aishah;

IKLAN

“Kalau saya terima coin tersebut sama seperti saya keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Saya tidak mahu apa-apa sebagai ganti tetapi cukuplah sekadar permohonan maaf dan mengakui kesilapannya itu,” jelas Aishah

Terdahulu, Datuk Seri Vida menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat Aishah serta mahu gelaran juara GV4 penyanyi tersebut ditarik semula.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI