Isteri Usop Selamat Bersalin Anak Lelaki, Muhamad Saif Umar Nama Diberi

Share

Penyanyi Usop memaklumkan khabar gembira apabila isterinya, Nur Fatihah Md Hashim selamat bersalin anak lelaki pada lewat malam Khamis.

Berita itu dikongsikan Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25, menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam entri itu juga, Usop turut berkongsi nama cahaya mata sulungnya iaitu Muhamad Saif Umar.

Walau bagaimanapun, penyanyi yang dicungkil bakat menerusi program Mentor Milenia itu masih belum berkongsikan wajah Saif buat tatapan umum.

“Alhamdulillah, Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop,” tulisnya.

Usop dan isteri diijabkabulkan pada 4 Februari lalu di majlis yang diadakan secara tertutup di Penaga, Pulau Pinang.

Pasangan ini berkenalan selama dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk bertunang pada 4 November 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Usop

IKLAN