Isteri Selamat Bersalin, Syafiq Yusof Syukur Timang Anak Lelaki

Share

Pengarah terkenal, Syafiq Yusof menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya, Aeisah Zainal telah selamat melahir cahaya mata ketiga mereka awal pagi tadi.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syafiq menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Jelas Syafiq yang juga merupakan adik kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof, dia amat teruja kerana hasratnya untuk menimang cahaya mata lelaki akhirnya menjadi kenyataan.

“Alhamdulillah, Syukur Ya Allah. Anak ketiga yang juga merupakan anak lelaki pertama. Muhamad Nu’Aiman Bin Muhamad Syafiq,” tulisnya.

Menerusi entri yang sama, pengarah filem Abang Long Fadil 3 ini juga turut berkongsi wajah anaknya itu buat tatapan para pengikutnya di media sosial.

Malah, Syafiq turut memaklumkan dia dan isteri telah bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Muhamad Nu’Aiman Bin Muhamad Syafiq.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut sama menzahirkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Syafiq dan isteri.

Untuk rekod, Syafiq dan Aeisah diijab kabulkan pada April 2014 dan telah terlebih dahulu dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Syafiq Yusof

IKLAN