Berkongsi berita gembira bersama para peminat di Instagram, pelawak Ali Puteh memaklumkan isterinya Melati Fitri Abdullah telah selamat melahirkan bayi lelaki.
Menurut Ali, dia berasa sangat bersyukur kerana anak ketiganya itu dilahirkan pada hari Jumaat yang penuh barokah.
“Alhamdulillah salam subuh penghulu segala hari jumaat.
“Isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Alhamdulillah,” tulisnya.
Menerusi laporan Astro Gempak, Ali memaklumkan ibu bersama bayi seberat 3.07 kilogram itu kini berada dalam keadaan yang baik.
Ads
Malah, pasangat tersebut turut telah memutuskan untuk menamakan anak mereka Syed Umar Iskandar sempena memperingati Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar.
“Memang dari awal saya nak nama arwah Abam ada. Jadi saya ambil Umar itu. Ingatan kami terhadap arwah tidak pernah pudar.
“Sebaik sahaja Umar Iskandar dilahirkan, saya sebak. Emak juga tidak berhenti menangis sejak saya kongsikan berita kelahiran Umar.
Ads
“Pastinya arwah orang yang paling sibuk saat ini kalau dia ada. Sebab sebelum ini pun memang begitu, teringat pula telatah teruja arwah saat ini,” katanya seperti yang dipetik.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga ibu dan bayi berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Ads
Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak telah mendirikan rumah tangga bersama Melati pada tanggal Mei 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan Sharifah Nur Aaira Qaireen, 3 tahun dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang meninggal dunia selepas tiga bulan dilahirkan akibat komplikasi jantung.
Sumber: Instagram Ali Puteh, Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin menjawab dakwaan dirinya yang sanggup menggunakan cara pemasaran yang berani untuk menjual produk terbarunya yang kini mulai diperkatakan di media sosial.
Syatilla dan suaminya yang juga pelakon Shaheizy Sam didakwa menggunakan foto berunsur lucah dan ‘double meaning” bagi mempromosikan minuman jamu Pengaseh yang dikeluarkan mereka.
“Saya sengaja guna foto pelbagai makna dan saya sendiri dah rasakan pastinya ia mendapat perhatian ramai. Tetapi bagi saya, kalau mereka rasa perkara terbabit lucah atau negatif, maka secara automatik menjadi lucah dan negatif.
“Ia berbeza kalau ada yang memandangnya secara baik dan positif. Jadi, bila ada isu, apa yang kami sampaikan berjaya.
“Sejujurnya, tak ada niat pun nak jadikan perkara ini nampak lucah, tapi kalau ada wargamaya nak rasakan ia negatif, kami sendiri tak dapat nak kawal pemikiran orang,” katanya.
Tambah pelakon drama bersiri Ramadan Yang Hilang ini lagi, setiap kata-kata negatif yang diberikan l semenjak mula bergelar selebriti menjadi penguat semangat.
“Sepanjang melibatkan diri dalam dunia seni, saya menerima kecaman yang diberikan dengan baik. Saya tukarkan ia kepada sesuatu yang positif.
“Saya tak mahu terasa kerana perkara terbabitlah menjadikan saya kuat dan membentuk Syatilla Melvin yang ada sekarang,” katanya lagi.
Terdahulu, bintang yang pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja sezaman Neelofa ini ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik maskara Hijab Mata Kekasih menerusi jenama Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam, baru-baru ini.
Pada majlis berkenaan, The Melvins yang turut dianggotai oleh Syatilla bersama tiga adik beradiknya, Syifa, Syida dan Syafiqa telah melancarkan 60 papan tanda iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan tersebut.
Kekasih by The Melvins menawarkan beberapa pilihan produk kecantikan seperti krim bedak asas, matte bibir, eyeshadow dan blusher.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, ramai yang turut terkesan dengan masalah pencemaran air yang berlaku di sekitar negeri Selangor sejak hari Jumaat yang lalu.
Pelakon Fasha Sandha misalnya ada berkongsi cerita perihal masalah air yang dihadapi oleh dirinya bersama keluarga.
Kongsi Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, dia telah menginap di hotel milik rakannya, Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali sebagai Datin Rita Sosilawati gara-gara masalah tersebut.
“Kisah 3 hari tanpa bekalan air. Terpaksa berangkut anak tumpang di hotel mami Rita
“Alhamdulillah dugaan kecil yang membawa hikmah.Terima kasih Family ku…,” tulisnya.
Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Selepas itu, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha pada 7 Ogos lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.