“Isteri Pernah Keguguran Lima Bulan Lepas,” – Tahniah! Usahawan Asyraff Mazlan Umum Bakal Jadi Bapa

Share

Instafamous yang juga usahawan, Asyraff Mazlan mengumumkan berita gembira apabila isterinya, Natasya Nazreen kini berbadan dua.

Perkara itu dikongsikannya menerusi Instagram miliknya sambil merakam foto ultrasound bayi dalam kandungan.

“Alhamdulillah! @natasyanazreen Pregnant guys! Allah kurniakan rezeki dan amanah untuk tahun 2020. Insyallah saya akan jaga amanah ini dengan sebaiknya.

“Cukuplah tengok Wife sedih bila orang Tanya bila nak ada anak, ada orang siap DM tanya Adira dah pregnant Tasya tak kan tak pregnant lagi kan kahwin lagi awal? Tu sebab @natasyanazreen tak selalu LIVE IG. Dia akan sedih lepas Live sebab mesti ada orang tanya pasal bila nak ada baby,” tulisnya. 

Terdahulu, Natasya pernah mengalami keguguran beberapa bulan lalu.

“1st time juga saya kena PRANK sampai menangis guys! Bayangkan lah saya punya kasar tapi bila tahu wife pregnant saya pun sebak, lebih-lebih lagi bila kena dulu wife pernah MISCARRIAGE 5 bulan lepas. 

“Punya lah saya excited nak dapat baby saya siap buat IG anak @asyraff.jr  walaupun masa tu Tasya baru je lepas keguguran.

“So guys doakan, kesihatan @natasyanazreen dan baby ya! Buat yang masih menunggu, saya doakan awak pun dikurniakan Zuriat pada tahun ini. Aminn,” akhirnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata menitip  ucapan tahniah buat pasangan itu.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2019.

Foto : Instagram Asyraff Mazlan

IKLAN