Isteri Kini Berpantang Selepas Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Tajul Syukur Nikmat – “Alhamdulillah Tahun Ni Dapat Beraya Berempat.”

Share

Penyanyi, Tajul Ariff menzahirkan rasa syukur apabila dapat menyambut Aidilfitri tahun ini dengan permata hati kedua, Khamis lalu.

Isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata bayi lelaki seberat tiga kilogram itu secara normal di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

Menerusi Instgaram, Tajul atau sebenarnya, Tajul Ariff Noor Md. Shari bagaimanapun mengakui sambutan raya dirai sederhana mengenangkan konflik yang berlaku di Palestin ketika ini.

“Alhamdulillah tahun ni dapat beraya berempat. Walaupun raya kalini pkp kita sambut dgn sederhana, jangan kita lupa terhadap saudara2 kita di palestin.

“Gunakan senjata kita iaitu doa kepada mereka disana #shameonisrael,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama tumpang gembira melihat foto keluarga Tajul di samping turut mendoakan yang baik-baik buat mereka seisi keluarga.

Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza tiga tahun lalu dan mereka turut dikurniakan anak sulung perempuan bernama Adriana Carisa yang kini mencecah usia setahun.

Foto: Instagram Tajul

IKLAN