Categories: Berita

Isteri Dedah Ada Yang Nak ‘Ambil’ Akaun FB Allahyarham Abam Bocey, Sudah Tak Boleh Nak Akses

Share

Isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah mendedahkan akaun Facebook milik suami telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut Hidayah, akaun Facebook milik Abam itu sudah tidak boleh diakses sebaik sahaja dia memuat naik sebuah posting mengenai anaknya, Hamzah.

“Ada yang cuba ambil @ hack Facebook Syed Umar Mokhtar, arwah suami saya.

“Baru lepas tadi saya update pasal anak saya Hamzah tapi sekarang tak boleh bukak,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Hidayah menerusi akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut turut disertakan dengan tanda pagar 

‘jangan sibuk hal orang’ dan ‘biar orang buat kita jangan kita buat orang’.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Hidayah supaya bersabar dan jangan peduli mengenai individu tidak bertanggungjawab itu.

Terdahulu Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar telah menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 9 Febuari 2020.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan juga seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah yang kini baru berusia 11 bulan.

Sumber: Instagram Nor Hidayah

IKLAN