Uncategorized

Isteri Datuk Aaron Aziz Komen Lakonan Gambit Saifullah – “I Tak Pernah Handle Gedik Yang Sampai Macam Si Iz!”

Share

Setelah lebih dua minggu drama Suamiku Lelaki Pendosa bersiaran, Isteri kepada Datuk Aaron Aziz iaitu Diyana Halik memberikan komen terhadap lakonan suaminya bersama pelakon, Gambit Saifullah menerusi drama rantaian tersebut.

Diyana berpendapat, sebagai pelakon Gambit disifatkan berjaya menjiwai watak Izfairin dengan baik.

Perkara tersebut dikongsikan Diyana bersama potongan video yang turut merakamkan kenangan dua pelakon itu ketika sama-sama terlibat di dalam sebuah program realiti tidak lama dulu.

“Rupanya dah lama rancang, kita yg lalai. Dari Fear Factor sampai la Tuan Ihsan dan Sekarang Suamiku Lelaki pendosa! Rupanya si Izfarin ni ada aje dalam hidup sis!

“Bukan calang calang competition I sekarang. I tak pernah handle gedik yang sampai macam si Iz! Kalau gedik pompuan tu biasalah kita tengok pun dah tahu.

“Gedik si Iz ni wow another level. Semoga Dean ilyas berubah, I tunggu k. @gambitsaifullah. Tapi Takpe best woman wins! Eh confuse sis ni, terfeeling Cahaya hahahah,” tulisnya seloroh.

Dalam pada itu, ibu kepada orang tiga cahaya mata ini menyifatkan drama berkenaan memiliki mesej pengajaran yang bermanfaat kepada tontonan umum.

Ucapan tahniah turut dipanjangkan Diyana kepada semua barisan pelakon terlibat.

“Anyway to tell you the truth the content of this drama is to beri pelajaran and yes Ada banyak aje case gini. Pintu taubat masih terbuka.

“Enjoyed watching this drama Sebab really lain character my dar… and combo ngan Gambit pulak. I think as actors they love challenging characters so that it won’t be stagnant la kan. Congrats guys!,” tulisnya lagi.

Suamiku Lelaki Pendosa bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda di TV3.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Diyana Halik

IKLAN