Hampir setahun kehilangan anak sulung, penyanyi Azmi Saat mengakui isterinya, Nazirah Muhamad masih belum bersedia mempunyai perancangan untuk memiliki cahaya mata lagi.
Menurut Azmi atau nama sebenarnya, Khairul Azmi Mohd Saat, 35, sehingga kini isterinya masih bersedih selepas anak mereka meninggal dunia pada September tahun lalu.
“Isteri saya belum bersedia selepas kehilangan anak kami. Takut juga nak bertanya kepada isteri tentang anak.
“Namun, pernah sekali pada awal tahun ini, saya suarakan untuk melakukan rawatan supaya boleh dikurniakan cahaya mata lagi.
“Tapi, isteri kata, dia takut jika perkara sama terjadi. Jadi, buat masa ini memang kami tiada perancangan untuk melakukan sebarang rawatan, sebaliknya biar proses itu berlaku secara semulajadi,” katanya kepada MH.
Azmi ditemui pada majlis pelancaran lagu baharunya berjudul Permataku yang diadakan di Pejabat Indigital, Damansara Perdana, Selangor pada Jumaat.
Ads
Vokalis kumpulan Caliph Buskers ini juga berkata setiap bulan dia dan isteri pasti akan menziarah kubur anak mereka yang terletak di Tanah Perkuburan AU2, Keramat, Kuala Lumpur.
“Sekarang ini isteri saya sudah semakin okey. Cuma ada ketika perasaan sedih itu akan datang tiba-tiba. Dia akan minta untuk ziarah kubur anak untuk lepaskan rindu.
“Saya reda dan Alhamdulillah dapat juga pengalaman ada cahaya mata, dapat azankan bayi kami serta uruskan jenazah dia. Jadi, perasaan sedih saya tidaklah keterlaluan,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, bercakap mengenai single terbaharunya itu, Azmi berkata lagu ciptaan Ajai dan Ahmad Fedtri Yahya itu merupakan karya yang didekasikan buat Allahyaraham anaknya.
“Apabila mendengarkan sahaja lirik tersebut buat kali pertama, saya gembira sebab ia memang menggambarkan isi hati saya.
Ads
“Saya harap lagu ini diterima baik pendengar semua,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, anak Azmi, Khairul Afnan meninggal dunia pada 30 September tahun lalu selepas tiga hari dilahirkan akibat kegagalan fungsi otak.
Khairul Afnan merupakan anak sulung pasangan ini selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan selebriti, Noor Neelofa menitipkan dedikasi buat suaminya, Haris Ismail atau PU Riz yang dilihat begitu komited membangunkan bisnes yang diusahakan mereka, NunHa.
Menurut Neelofa, suaminya mahu memberikan sehabis baik, lebih-lebih lagi menerusi penghasilan produk baru mereka, innai NunHa yang bakal dipasarkan tidak lama lagi.
“Ni masuk hari ke 11, suami kerja dari pagi sampai lewat pagi, biasa 3 atau 4 pagi baru balik. Hari ni call cakap balik lepas ni, masih di kilang production settlekan macam-macam isu.
“Inilah bab perniagaan yang orang tak nampak, yang orang nampak selalunya end result je, part senang & best je. Kami berniaga bersama dan alhamdulillah saya lebih banyak (work form home) wfh sambil menjaga anak.
“Untuk resellers Innai Nunha, doakan semoga perjalanan perniagaan dimudahkan. All the best untuk hari ni,” luah Neelofa.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkongsi rasa menerusi perkongsian di Insta Stories, pada Isnin.
Dalam pada itu, Neelofa turut mengucapkan terima kasih atas pengorbanan serta komitmen yang trlah dicurahkan Haris.
“Untuk suami tersayang, terima kasih sebab banyak mainkan peranan dalam bab production. You sentiasa buat more than 100% untuk solve any issue, takde yang impossible to you. Semoga Allah berkati setiap usaha you and kita semua.
“Berkati setiap ringgit yang kita peroleh, sentiasa rasa cukup dan bahagia dengan rezeki Allah,” tulisnya lagi.
Neelofa turut memuat naik tangkap layar rekod panggilan bersama pasukannya demi memastikan segalanya berjalanan lancar untuk produk terbaru mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Raja Ilya yang kini menetap di Australia berkongsi perkembangan terkini permata hatinya, Talita yang kini hampir dua minggu usianya.
Menurut Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad anak perempuannya itu setakat ini amat mudah untuk dijaga.
“Thank you guys, so overwhelmed. Received tons of text messages and DM tanya pasal baby and my recovery. Thank you, Baby Love doing good.
“She’s almost 2 weeks old now and Ilya rasa like she’s @talitalovegarrett growing to quick. I already miss those chubby cheek kot. So far she’s behaving. Very easy and peaceful,” tulisnya.
Pada masa sama, bintang filem KL Vampires itu juga kini sedang dalam fasa pantang selepas bersalin secara pembedahan.
“Ilya pula still recovering from the surgery. Ramai nak tahu kenapa Ilya end up kat hospital dengan berwayar-wayar kat tangan. Nanti Ilya buat seperate video, panjang nak cerita nanti.
“Thank you for your love & support tau guys. So sorry kalau Ilya tak respond to messages or lambat. Faham-faham saja laa i don’t have much time in hand at the moment,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58, berhubung kehilangannya itu pada 29 November tahun lalu.
“Dalam laporan itu, anak Zalina cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk dimasukkan ke hospital namun gagal.
“Pada 29 November, anaknya dan bapa saudara datang ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.
“Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.
“Bagaimanapun ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Justeru itu Mohd Iqbal berkata, pihak polis membuat hebahan berkaitan kehilangan mangsa kepada umum bagi membantu siasatan kes terbabit.
Di dalam maklumat hebahan sama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menyiarkan gambar Zalina serta maklumat mengenai fizikalnya iaitu berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158 sentimeter.
Menerusi hebahan itu juga, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.
Sementara itu, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi dan Datuk Aznil Nawawi menerusi Instagram turut berkongsiperkara berkaitan.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.