“Isteri Bakal Melahirkan Putera Kami Yang Kedua,” – Dr. Say Maklum Isteri Bakal Bersalin Secara Esok, Mohon Doa Ramai

Share

Doktor selebriti, Dr. Say Shazril memaklumkan isterinya Dr. Azura bakal menjalani pembedahan untuk melahirkan cahaya mata kedua seawal jam 8 pagi esok.

Lalu, menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Say memohon doa orang ramai agar segala urusan isterinya dipermudahkan.

Pada masa sama, Say mengkau dirinya berasa sangat gementar meski ini bukan kali pertama dia dan isteri menimang cahaya mata.

“Topik : Bismillahirrahmanirrahim, Moga Dipermudahkan Urusan Bini Esok Kepada yg tak tahu, esok isteri sy bakal melahirkan putera kami yg kedua melalui pembedahan caesar. Yg menariknya bini bakal bersalin di kala kandunganya 38 minggu 3 hari exactly the same waktu kandungan seperti melahirkan Ace dulu.

“InsyaAllah pembedahan bakal dilakukan seawal 8 pagi. Semestinya kami excited untuk menyambut kelahiran anak kedua kami & tipu lah kalau cakap kami tak nervous sebab lupa dah pengalaman handling Ace awal2 dulu.

“Sy tahu mesti ada yg tertanya-tanya “kenapa wife doc ceasar?” & soalan paling banyak sy dapat arini “siapa jage Ace?”. Ahaa memandangkan kerajaan dah bertukar (macam kenal statement ni en), InsyaAllah kami akan reveal semuanya di ig live malam ni jam 9.

“haha takdela rahsia besar sangat sampai nak reveal2 tapi daripada reply satu2 senang kami cerita live kepada yg ingin tahun. Jadi jangan lupa pukul 9 malam ni kita “Sembang Sebelum Anak Nombor 2 Datang”. Doakan agar perjalanan bini sy dimudahkan esok ye peeps? Thank uuu!,” tulisnya panjang lebar.

Sebelum ini, Azura telah disahkan kembali hamil selepas 3 bulan mengalami keguguran sekitar Ogos tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini turut dikurniakam seorang cahaya mata lelaki bernama Aezril, setahun.

Foto: Instagram Dr Say

IKLAN