Isteri Alam Wakaka Umum Hamil Anak Sulung – “Happy Birthday Suamiku, Hadiah Paling Berharga Yang ke-35.”

Share

Tahniah diucapkan buat penari profesional, Alam Wakaka yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Istimewa sebagai ‘hadiah’ hari jadi yang ke-35, berita gembira itu disampaikan isterinya, Nurul Alisya Najwa Hazman menerusi hantaran terkini di Instagram, pada Selasa.

Sambil berkongsi keterujaan kerana bakal melahirkan anak sulung mereka, Alisya turut mengucapkan terima kasih atas bahtera perkahwinan yang dibina.

“Allahhuakhbar!! Laillahailallah!! Syukur alhamdulillah atas rezekii yang Allah bagi pada kami, happy birthday suamiku, hadiah yang paling berharga untuk sayang yang ke 35 tahun.

“Semoga sayang, i and anak dalam kandungan sihat selalu. Terima kasih buat segala galanya, susah senang bersama, sentiasa happykan i. Love you sayang! Happy birthday again,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut lantas menerima perhatian peminat dan teman rapat yang turut sama tumpang gembira sambil melayangkan ucapan tahniah buat mereka berdua.

Alam turut berkongsi foto sama menerusi akaun Instagram miliknya.

Untuk rekod, Alam atau nama sebenarnya, Haslam Abdul Rahman mendirikan rumah tangga bersama Alisya pada 7 Mac lalu.

Alam sebelum ini pernah menjuarai program realiti tarian, So You Think You Can Dance musim pertama pada 2009 selain turut membintangi filem Sayang You Can Dance dan drama realiti, Alam’s Story.

IKLAN